Friday 22 March 2013

#PRU13 : Pembubaran Parlimen minggu hadapan.


Acara Di Kuantan Hentian Terakhir Jelajah Pra Pilihan Raya Najib

PUTRAJAYA: Dua acara besar di Kuantan pada Sabtu dilihat sebagai hentian terakhir jelajah pra pilihan raya Datuk Seri Najib Tun Razak di seluruh negara sebelum beliau mengumumkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada minggu hadapan.

Beliau akan menghabiskan masa sepanjang hari di negeri itu dengan menghadiri beberapa temujanji makan malam bersama masyarakat Cina untuk menyalurkan dana membina SM Chung Hwa.

Najib kemudiannya akan menghadiri acara Jelajah Janji Ditepati yang terakhir.

Sumber dalaman Umno berkata pelbagai usaha sehingga tahap masimum telah dilakukan untuk memastikan acara itu berlangsung dengan gilang-gemilang sebelum Parlimen dibubarkan.

"Jelajah dan makan malam amal dirancang dengan baik untuk memberikan kesan maksimum kepada Perdana Menteri dan Barisan Nasional (BN)," kata seorang pegawai.

Penganjur makan malam yang akan diadakan di Stadium Darul Makmur berharap untuk mengutip dana bagi pembinaan SM Chung Hwa di Kuantan yang dianggarkan bernilai RM35 juta.

Najib dijangka akan bertemu pemimpin komuniti tersebut mengenai rancangan pembangunan sekolah itu.

Mstar.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment