Friday 15 March 2013

Radio amatur popular semasa krisis #LahadDatu.

LAHAD DATU: Radio amatur bukanlah teknologi baru, malah ia sudah lama wujud dan diguna secara meluas di negara ini.

Kebanyakkannya sebagai hobi untuk berkongsi perkhabaran antara pengguna yang lain. Namun pengunaannya menjadi begitu signifikan, terutama sekali ketika krisis.

Muin Kamaruddin antara penguna radio amatur paling berpengalaman di Lahad Datu, Sabah.

Dia bersama 100 lagi rakan dari Persatuan Public Reliance Corporation Communication (PRCC) di pantai timur Sabah saling berhubung, untuk berkongsi pelbagai maklumat seperti cuaca sehinggalah ke kemalangan jalan raya.

Namun peranan radio amatur ini bertambah penting semasa krisis di Lahad Datu, yang tercetus akibat insiden pencerobohan penganas Sulu.

"Untuk kami beri maklumat, kalau di mana-mana tempat ada berlaku, kita bersedia untuk mengunakan radio ini kalau boleh meninggalkan tempat itu, sebelum apa-apa yang terjadi.

"Kita buat satu pasukanlah menyelamat jika ada apa-apa berlaku di mana-mana tempat, kita akan bagi maklumat kepada rakan-rakan di mana-mana sahaja  di sebelah pantai timur."

Pengunaan radio amatur untuk menyebarkan maklumat juga dilihat lebih berkesan di kawasan luar bandar seperti Lahad Datu, berbanding pengunaan telefon pintar kerana frekuensinya yang lebih meluas.

Bagaimanapun Muin mengakui mereka perlu berhati-hati menyebar maklumat bagi mengelak penyebaran maklumat palsu.

Mereka juga perlu mengelak daripada membocorkan maklumat strategik kepada pihak musuh.

Radio amatur ini boleh dibeli dengan harga serendah RM800 hinggalah ribuan ringgit.

Berita Awani.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment