Tuesday 19 March 2013

"Raja Goyang" mahu @limkitsiang gegarkan kerusi Gelang Patah.



Tahniah ... Kit Siang sudah tempah "Jirat" untuk menamatkan karier politik komunis di Johor. Seterusnya manafikan kuasa Chua Jui Ming yang selama ini menjadi mangsa kambing Hitam Anwar Ibrahim. Jika sebelum ini Karpal sing menafikan kuasa serta menuduh Chua Jui Ming sebagai "perosak" dan mimbulkan konflik antara PKR dan DAP di Johor.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan pemimpin DAP, Lim Kit Siang akan menjadi calon Pakatan Rakyat bertanding dalam kerusi parlimen Gelang Patah dalam pilihan r
aya umum akan datang.


Penasihat PKR membuat pengumuman itu dalam ucapannya semasa sambutan ulang tahun kebangsaan DAP di Taman Sutera Utama di Skudai di sini pada Isnin.
“Ya, terdapat salah faham antara DAP dan PKR mengenai isu yang ada kerana Gelang Patah adalah kerusi PKR.
“Tetapi selepas menerusi beberapa perbincangan antara parti, kami mengadakan situasi menang-menang.
“Tidak kira sama ada DAP atau PKR memegang kerusi itu. Apa yang penting adalah Pakatan menang,” katanya.
Tan Ah Eng dari MCA kini merupakan Ahli Parlimen Gelang Patah.
Dilaporkan pada Ahad bahawa penasihat DAP itu akan bertanding di Johor bagi mempertingkatkan peluang parti dalam pilihan raya umum.
Cakap-cakap menyatakan bahawa beliau sedang melihat prospek untuk bertanding dialam kerusi parlimen Kulai, Gelang Patah atau Bakri.

No comments:

Post a Comment