Wednesday 13 March 2013

Update #LahadDatu : Kiram menolak kemungkinan berundur dari Sabah. #Pray4Sabah #PDRMsia @BeritaHarian


Manila : Ketua kumpulan penceroboh, Jamalul Kiram III pada Rabu telah menolak kemungkinan pengikutnya akan meninggalkan Sabah tidak lama lagi.

Katanya dia tidak memberi kebenaran adiknya berunding dengan kerajaan tentang "pengunduran" tentera tersebut dari negeri Malaysia timur itu, menurut laporan portal berita Filipina, Inquirer Global Nation.

Bercakap kepada pemberita di kediamannya di Bandar Taguig, Kiram menegaskan, biarpun dia membenarkan adiknya Esmail Kiram II untuk berjumpa Setiausaha Dalaman, Mar Roxas, dia tidak memberi lampu hijau untuk berunding bagi pihak kumpulannya.

"Sebenarnya saya tidak suka dia bercakap dengan sesiapa. Jika boleh, saya mahu dia tinggal dengan saya, "kata Kiram. "Tidak ada (rundingan pengunduran). Itu saya tidak suka. Ia seperti bermain besbol. Saya sudah pada tapak ketiga, mengapa saya perlu tinggalkan? Mengapa saya perlu pergi?"

"Itu (pengunduran) hanya akan berlaku selepas saya berbincang dengan adik saya di Sabah," katanya, merujuk kepada Agbimuddin Kiram, yang mengetuai 234 ahli kumpulan penceroboh yang menduduki kampung Tanduo di Lahad Datu pada 9 Februari.

Pasukan keselamatan Malaysia telah menjalankan operasi yang disusuli pengeboman udara dan artileri.

Krisis tersebut telah meragut  sembilan nyawa anggota keselamatan Malaysia dan 56 nyawa dari kumpulan penceroboh.

Ditanya samada dia menganggap Esmail bertindak sendiri apabila mendakwa bahawa kumpulan itu terbuka kepada pengunduran, katanya, "Parang ganoon eh (Ia kelihatan seperti itu)."

Kata Kiram dalam laporan Inquirer Global Nation itu lagi, Esmail tidak menyebut tentang perbincangan dengan Roxas mengenai pengunduran kumpulan penceroboh dari Sabah apabila Esmail melawatnya pada Selasa.

Tambahnya jika kerajaan Aquino ikhlas dalam mencari penyelesaian kepada krisis Sabah, "mereka perlu bercakap kepada saya secara langsung."

"Pintu saya terbuka kepada rundingan. Saya telah menyatakannya banyak kali, "kata Kiram.

AstroAwani.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment