Wednesday 27 March 2013

[Video] Edisi Khas #PRU13: Cg Non Memali "tangan ghaib" di #KUIN. #saveKedah @hmetromy


Saya akan bongkarkan apa dah jadi kepada Masjid, asrama, dan pelajar yang terang-terang PELAJAR-PELAJAR KUIN di "aniaya".





KAMPUS KUIN TANPA ASRAMA DAN MASJID DIPERSOAL

Nabi hijrah buat masjid, KUIN pindah bangga dengan tasik, sekular betul !

 
JITRA 9 Mac - Datuk Mukhriz Tun Mahathir mempersoalkan kegagalan kerajaan negeri menyediakan asrama pelajar secukupnya di Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil sedangkan kos pembinaannya merangkumi bangunan penginapan pelajar.

Beliau berkata, amat membimbangkan apabila para pelajar dikatakan terpaksa tinggal di dalam bangunan kuliah yang dijadikan tempat penginapan pelajar.

"Saya pun bingung kenapa perkara ini boleh berlaku, sebab jumlah kos pembinaan (RM330 juta) cukup untuk membina semuanya (termasuk masjid dan asrama). Jumlah yang dibelanjakan tidak berkurangan, kita nak tahu ke mana perginya duit itu.

RM330 Juta bina KUIN termasuk masjid, tapi bila siap tak ada masjid, pelik kan ???

"Adakah ia digunakan untuk perkara tidak berfaedah yang tidak termasuk dalam perancangan," katanya katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen 1Litar@Kedah di Taman Aman di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan kakitangan Kuin bahawa pihak pengurusan menjadikan bilik kuliah sebagai asrama pelajar kerana bangunan sementara yang dijanjikan untuk penginapan pelajar masih gagal dibina walaupun pelajar telah diberi cuti hampir sebulan.

"Di manakah maruah kita sebagai anak Kedah, apabila satu projek yang diangkat sebagai kebanggaan kerajaan negeri, tetapi ia serba kekurangan. Masjid dan asrama tidak dibina walaupun ada dalam pelan dan sekarang pelajar-pelajar pula hendak disuruh duduk dalam bilik kuliah.

Beliau meminta Kementerian Pengajian Tinggi campur tangan dalam isu itu bagi membantu para pelajar. 

Sumber : BERITA KUIN

2 comments:

  1. Orang yg x cukup ilmu memerintah inilah jadinya.

    ReplyDelete
  2. dalam fb dengan bangganya pengikut pakatan "Kerajaan PAS kedah berjaya membangunkan KUIN walau pun tanpa bantuan kerajaan pusat" malah mereka juga mnatakan "kalau BN buat ntah berapa juta belanjanya"Tapi mereka tu semua bodoh ,cakap tampa fakta,sebenarnya kerajaan kedah dapat bantuan melalui Kem Pelajaran atas dana Ins Pengajian Tinggi Swasta.

    ReplyDelete