Sabtu, 9 Mac 2013

@zulkiflinoordin pohon maaf atas tindakanya memaki hamun Tun M. #1malaysia


Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Nordin pada Sabtu membuat kejutan di depan kira-kira 15,000 rakyat di Sekolah Kebangsaan Panglima Raja di sini apabila membuat permohonan maaf kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Permohonan maaf itu turut disaksikan isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Datuk Ibrahim Ali.

Zulkifli, yang sempat berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat itu, turut memandang Dr Mahathir ketika memohon maaf kerana menurutnya, beliau pernah mencaci pemimpin negara tersebut ketika bersama pembangkang sebelum ini.

"Saya akui kesilapan saya, dan mahu memohon maaf kepada ayahanda Tun (Dr Mahathir) atas tindakan saya dahulu yang pernah memaki hamun Tun," katanya.

Dr Mahathir kemudian dilihat tersenyum dan mengangguk ketika Zulkifli berkata demikian. "Dahulu saya tidak nampak kebijaksanaan Tun. Saya bersama-sama (Datuk Seri)Anwar (Ibrahim) maki Tun. Saya mengkritik langkah Tun memecat Anwar, walaupun saya tahu itu adalah jasa terbesar Tun kepada negara (memecat Anwar)," katanya.

Beliau kemudian meminta rakyat menolak pembangkang yang diketuai Anwar kerana kerosakan yang lebih besar terhadap negara akan berlaku jika mereka dipilih pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Zulkifli berkata apa yang dikhuatiri sinar Islam di negara ini akan terus pudar jika pembangkang dipilih menerajui negara, dan ketika itu, tiada apa lagi yang boleh dilakukan.

Naib Presiden Perkasa itu turut meminta rakyat berhati-hati dengan taktik pembangkang, terutama Anwar, pada pilihan raya umum ini yang akan melakukan pelbagai perkara tidak dijangka demi untuk berkuasa._Pasir Mas

BERNAMA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 ulasan:

  1. tahniah yb zul

    BalasPadam
  2. syabas dan tahniah...bersatulah kita demi Islam, dharap yb Zul akan sentiasa menegur apa jua kekurangan yg ada pada kerajaan yg kami sayangi...tp biarlah tegeran itu dgn berhemah dan kondusif...tdk dinafikan kerajaan skrg ini bukanlah yg terbaik...namum kami faham lumrah manusia yg sentiasa alpha, namun kami tdk lah mahu tergolong dlm umat yg kufur akan nikmat Allah..kami lihat pemimpin kerajaan sentiasa memperbaiki semua kelemahan...wahai Y.A.B PM berjuanglah demi Islam...tegakkanlah daulat Islamiah di bumi tercinta ini...halanglah bumi Malaysia ini drpd jatuh ke tangan org yg zalim..perbaikilah kelemahan yang ada...berjuanglah...berjuanglah...berjuanglah demi Islam. Kami berdoa agar Islam yang hakiki terus kekal di bumi Malaysia hingga tibanya Imam Mahadi

    BalasPadam
  3. Tahniah Zul,agar di rahmati Allah Swt dan sebagai contoh untok mereka yang keras hati.Alhamdulillah sa orang yg boleh menjadi salah satu pemimpin di Malaysia.

    BalasPadam

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah