Thursday 11 April 2013

@abby_abadi tak "sehebat" Aishah ? #TolakPR #ManifestoBukanJanji #GE13 #PRU13


"PAS mengakui calon segera daripada kalangan individu popular pernah diberi peluang  bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) memberikan impak positif kepada parti." Sallehuddin Ayub

Pemilihan penyanyi Aishah sebagai calon Ahli Parlimen Jempol bagi mewakili PAS tidak perlu dipertikaikan kerana ia telah dipersetujui oleh Majlis Syura parti itu.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, pihaknya menganggap keputusan itu sebagai tepat selepas merasakan penyanyi itu layak untuk bertanding di kerusi berkenaan.
"Kita telah berbincang dan kita nak Aishah bertanding dan tempat yang sesuai untuknya adalah di Jempol.
"Lagi pun rumah keluarganya terletak kira-kira seratus meter dari sini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengumumkan calon Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri bagi Negeri Sembilan yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU-13) di Muassasah Darul Syarif, Kampung Gajah Mati, Jalan Batu Kikir di sini malam Rabu.
Hadir sama Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan beberapa pemimpin kanan PAS negeri.
Penyanyi Aishah yang popular dengan lagu Janji Manismu 

bersemangat memberi ucapan selepas secara rasmi diumumkan 
oleh PAS sebagai calon Parlimen Jempol.Gambar memperlihatkan 
Aishah cuba memancing undi dalam satu majlis 
di Muasassah Darul Syarif, Jalan Batu Kikir, 
Bahau, Negeri Sembilan 
Terdahulu pemilihan Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 48, dikatakan tidak disenangi pucuk pimpinan PAS negeri apabila nama Ketua Pemuda PAS Jempol, Mohd Fairuz Mohd Isa sebelum ini telah diumumkan sebagai calon kerusi berkenaan.
Mohamad Sabu atau Mat Sabu berkata, pemilihan Aishah itu dipersetujui selepas melihat kepada latar belakangnya selain dia turut dibesarkan dalam keluarga alim ulamak.
Dalam pada itu katanya, PAS juga melihat penyanyi lagu Janji Manismu itu mempunyai pengaruh yang dapat menarik perhatian orang awam.
Sementara itu Mohd Fairuz dalam ucapannya berharap tidak wujud sebarang spekulasi berhubung namanya yang tidak dicalonkan untuk kerusi berkenaan.
Dia sebaliknya berkata akan memberi sokongan padu kepada Aishah serta sanggup menjalinkan kerjasama untuk membantunya berkempen.
"Saya sokong penuh Aishah sebagai calon Jempol dan ini adalah calon terbaik pilihan PAS pusat," katanya.
Berlainan pula dengan keputusan yang dibuat terhadap seorang tokoh ulama ini, Majlis Syura Ulama dalam alasan pemecatan memberitahu, Nasharudin terpaksa disingkirkan kerana beliau kerap tidak hadir mesyuarat serta sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan.

Bagaimanapun menurut sumber, punca utama Nasharudin disingkirkan ialah kerana beliau dilihat sebagai ‘mesra kerajaan Pusat.’ Terbaharu beliau menyertai lawatan kemanusiaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza, Palestin pada 22 Januari lalu.

Pada Ogos tahun lalu, Nasharudin menemani Perdana Menteri bertemu para ulama Arab Saudi di Mekah sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Rentetan daripada itu Nasharudin telah dilabelkan oleh para penyokong Pas terutama kumpulan pro-Anwarinas sebagai pengkhianat. Bagaimanapun keahlian Nasharudin dalam Pas masih kekal tetapi cuma sekadar ahli biasa.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi mengesahkan perkara itu sambil memaklumkan surat pemecatan berkenaan sudah dihantar kepada Nasharudin tetapi tidak pasti sama ada Ahli Parlimen Bachok tersebut sudah menerimanya atau belum.

“Saya bukan ahli Majlis Syura Ulama tetapi Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh telah mengesahkan kepada saya bahawa Nasharudin memang telah dipecat. Nasharudin dipecat daripada Majlis Syura Ulama ketika mesyuarat pada 13 Januari lalu.

No comments:

Post a Comment