Khamis, 18 April 2013

Apa sebenarnya pergolakan yang berlaku di Kedah? #PRU13 #GE13 #TukarKedah #TolakPR.


Kata orang cinta itu buta. Orang yang sedang ghairah bercinta hanya nampak kekasih hatinya sebagai satu-satunya manusia yang mesti dicintai. 
Pergolakan antara pakatan pembangkang di Kedah semakin ketara apabila DAP mendakwa sekutunya iaitu PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membelakangi mereka dalam isu agihan kerusi.
Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik berkata, PAS dan PKR bertindak memandai-mandai apabila mengumumkan DAP hanya akan bertanding di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.
Tegas Lee, DAP tidak pernah bersetuju dengan jumlah kerusi yang diperuntukkan kepada mereka.
"PAS dan PKR nak umum kerusi suka hati depa (mereka) lah. Tapi mengapa memandai-mandai umum kerusi DAP?
"DAP memang tak bersetuju dan kami tak pernah pun bersetuju," katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.
Pada Rabu, PAS dan PKR mengumumkan senarai calon mereka yang akan bertanding melibatkan 15 kerusi Parlimen dan 34 daripada 36 kerusi DUN pada pilihan raya umum akan datang.
Menerusi pengumuman secara bersama itu, PAS dan PKR hanya memperuntukkan dua kerusi DUN kepada DAP walaupun parti itu bertegas mahu bertanding di dua kerusi Parlimen dan empat kerusi DUN.
Baki kerusi DUN yang diperuntukkan kepada DAP ialah Derga dan Kota Darul Aman.
Mengulas lanjut Lee berkata, DAP bertegas untuk bertanding lebih daripada jumlah kerusi yang diperuntukkan kepada mereka.
"Kita akan bertanding lebih daripada itu...tapi jumlahnya masih belum muktamad.
"Kita masih bermesyuarat dengan kepimpinan DAP Pusat. Nanti kita akan umumkan keputusannya," kata beliau.
p/s : Perebutan kerusi menggambarkan pakatan sangat lemah! BN mampu merampas semula tampok pemerintahan di negeri Kedah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah