Monday 15 April 2013

Bekas MB Umno Sertai PAS #TolakPR #GE13 #PRU13

Seorang bekas Menteri Besar daripada Umno dipercayai akan meninggalkan parti itu dan menyertai PAS.
Difahamkan bekas pemimpin Umno itu akan menyerahkan borang keahlian kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Baru, Kelantan dalam masa terdekat.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika dihubungi mengesahkan hasrat bekas Menteri Besar itu untuk menyertai PAS.
"Saya dihubungi sendiri oleh bekas MB (Menteri Besar) itu pagi tadi. Beliau menyatakan hasratnya untuk sertai PAS.
"Saya dengar sendiri hasratnya itu, beliau dengan yakin menyatakan minatnya untuk bersama dengan perjuangan PAS," katanya.
Bagaimanapun Salahuddin enggan mendedahkan negeri yang pernah diterajui bekas Menteri Besar itu.
"Saya hormati permintaan agar identitinya tidak didedahkan lagi, kita tunggu pengumuman rasmi mengenainya nanti," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Ahad.
Bagaimanapun sumber dalaman PAS mendedahkan bahawa pemimpin yang dimaksudkan itu ialah Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Muhammad menjadi Menteri Besar Selangor, dari 1986 hingga 1997.
Beliau juga pernah dilantik menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dari Mac 2008 hingga April 2009.
Pada Perhimpunan Agung Umno 2009, beliau tercalon bagi jawatan Timbalan Presiden Umno namun tewas kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut sumber, Berita sensasi ini betiup kencang awal April namun di sangkal Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Datuk Zainal Abidin Sakom percaya bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib tidak akan menyertai Pas seperti yang didakwa.


Beliau yang merupakan kenalan rapat Muhammad berkata, sebagai pemimpin yang lama dalam Barisan Nasional (BN) dan UMNO, bekas Menteri Besar itu diyakini tetap setia dengan prinsip serta perjuangan parti itu yang banyak menyumbang jasa kepada rakyat dan negeri Selangor.

"Saya yakin tidak ada (sertai Pas), dia tak akan....," katanya dengan ringkas ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau mengulas desas-desus kononnya Muhammad yang pernah menjadi Menteri Besar Selangor dari tahun 1986 hingga 1997 itu akan menyertai Pas dalam waktu terdekat.

No comments:

Post a Comment