Sabtu, 20 April 2013

Bunga dan Kunci penyeri #PRU13 di Bukit Selambau. #GE13 #TolakPR #Tukar Kedah


'Bunga', 'Kunci' Cuba Nasib Di DUN Bukit Selambau
Persaingan merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau menyaksikan saingan lima penjuru antara Barisan Nasional (BN),Parti Keadilan Rakyat (PKR), Kita dan dua wakil Bebas.
Dua calon Bebas yang akan memberi tentangan di DUN itu ialah Syed Nasir Syed Mahamud yang akan menggunakan simbol 'Bunga' dan S Thivagaran yang memilih simbol 'Kunci'.
Kedua-dua wakil Bebas berkenaan berhadapan dengan wakil Barisan Nasional (BN), Datuk Tajul Urus Mat Zain, Dr R Krishnamoorthy (PKR) dan Kamal Nasser Thow Beek (Kita).
Selain itu, menepati jangkaan BN berhadapan pertembungan satu lawan satu dengan Pakatan Rakyat bagi kerusi Parlimen Merbok dan DUN Tanjong Dawai.
Di kerusi Parlimen Merbok, BN mempertaruhkan Prof Dr Ismail Daut bagi menentang pencabarnya, Nor Azrina Surip daripada PKR.
Sementara itu di kerusi DUN Tanjong Dawai, Datuk Tajul Urus akan memberi tentangan kepada Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi daripada PAS.
Pengumuman rasmi calon layak bertanding dibuat oleh Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ahmad Fisol Md Noor di pusat penamaan calon Kolej Vokasional Sungai Petani 1 di sini.
Tiada borang pencalonan yang ditolak.
Mstar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah