Monday 1 April 2013

"Gelombang" pemberontakan SWP, Ada yang tidak Kena di Sarawak . #BNBagus #TolakPR #ManifestoBukanJanji #BN4Malaysia #Transformasi #Najib4PM #Srwkamek


Bakal calon berpotensi daripada Parti Pekerja Sarawak (SWP) bagi kerusi Parlimen Sri Aman iaitu Andy Lawrence telah bertindak keluar parti demi memberi fokus terhadap kerjayanya.Andy yang memiliki kerjaya sebagai seorang jurutera elektrik berkata, beliau bertindak keluar daripada SWP kerana kecewa terhadap kemelut yang melanda parti berkenaan.

Sebelum ini, dirinya menjadi ‘buruan’ pimpinan tertinggi SWP ketika berada di Kuala Lumpur dan terpaksa berhenti kerja seterusnya pulang ke bandar kelahirannya, Sri Aman untuk melakukan persiapan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini.

Bagaimanapun, muncul khabar angin selepas itu yang menyatakan bahawa namanya dan seorang lagi nama calon berpotensi untuk kawasan Parlimen Sri Aman iaitu William Pilo telah digugurkan SWP menjelang PRU13 ini.“Setelah merasai dan menyaksikan semua ini dalam SWP, saya akhirnya berpendapat bahawa parti keluarga Datuk Sng Chee Hua adalah mempergunakan orang Dayak bagi mewujudkan kedudukan politik mereka.

“Saya tidak mahu mana-mana bahagian dalam parti ini kerana ia boleh mengganggu proses politik dan ekonomi orang Dayak,” katanya di sini semalam.

Andy yang berusia 31 tahun pada masa sekarang turut menyatakan kesediaan untuk memulakan kerjaya baharu di mana-mana tempat memandangkan beliau mempunyai kelayakan sebagai jurutera elektrik.

Dalam perkembangan berkaitan, muncul khabar angin baharu yang menyatakan bahawa Donald Lawan telah menjadi pilihan SWP untuk bertanding di kerusi Parlimen Sri Aman pada PRU13 nanti.Namun, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan itu menafikan khabar angin itu dengan menyatakan pendirian tetapnya bersama Barisan Nasional (BN).

Lawan turut menawarkan diri di samping menyatakan kesediaan untuk bertanding di kawasan Parlimen Sri Aman jika mereka mahukan dirinya berbuat demikian.“Saya mahu menjadi calon BN sekiranya bertanding di kerusi Parlimen Sri Aman. Malah, saya juga mahu menyertai Parti Rakyat Sarawak (PRS) jika dipilih menjadi calon pada Pilihan Raya Umum nanti.

“Saya sentiasa menjadi orang BN dan langsung tidak mempunyai sebarang hasrat untuk menyertai mana-mana parti yang bukan daripada BN.“Saya juga akan bertanding atas tiket Bebas, tetapi tidak sesekali untuk parti pembangkang,” katanya.Lawan juga mengesahkan bahawa beliau kenal penasihat SWP iaitu Datuk Sng Chee Hua namun tidak mempunyai hubungan yang rapat dengannya.


“Beliau (Sng) tidak pernah menemui saya… jika ada pun saya tetap tidak akan menyertai SWP memandangkan perjuangan beliau dan saya adalah tidak sama.

“Lagipun dalam masa yang sama, saya tidak ada sebab untuk menentang Tan Sri James Masing (presiden PRS) cuma kini saya tidak bersetuju dengan Masir Kujat (Ahli Parlimen Sri Aman),” katanya.

Sementara itu, Masing mengalu-alukan kenyataan Lawan dan berharap agar beliau memberi sokongan terhadap Masir selaku ahli Majlis Tertinggi PRS dan bakal calon pada PRU13 nanti.

Beliau juga berharap agar Lawan tidak bertindak mengelirukan penduduk dengan kedudukan bercanggahnya kerana ia boleh memberi impak negatif terhadap anaknya, Snowdan iaitu ADUN Balai Ringin merangkap Timbalan Setiausaha Agung PRS.




No comments:

Post a Comment