Monday 15 April 2013

Gempar ! "Haram be***ah " Semua ini salah "Tok Chear"s #TolakPR #GE13 #PRU13



Apa perasaan anda bila melihat bendera parti yang mahu membenarkan agama lain menggunakan Kalimah Allah dikibarkan seperti ini ?

SIAPA SEBENAR YANG KENA TARBIYAH ?   

Penyakit menggunakan agama atau isu agama untuk mendapatkan kelebihan politik dan sokongan yang menjadi trademark Pas selama ini nampaknya sudah mula menjangkiti DAP.  
     
Agak malang puak pembangkang yang bersidang, tidak lama dulu, secara tergempar menerima penggunaan kalimah ALLAH. Ketua Pembangkang yang rapat dengan fahaman pluralisme macam memberi lampu hijau.

Sebab itu Pengerusi DAP negeri Perak Ngeh Koo Ham dalam twit terbaru berkata "marilah kita bersama-sama memastikan isu penggunaan ALLAH tidak dijadikan isu pilihan raya, malah Pas telah pun membuat keputusan perkataan ALLAH boleh digunakan oleh bukan Islam.”


Pas nampaknya cuba menjarakkan diri dari terbabit sama ada dengan berdemonstrasi atau mengeluarkan kenyataan membidas kerana takut dipandang serong oleh pencetusnya. Pengerusi Pas negeri Datuk Saleh Man menafikan ahli-ahli Pas turut berdemonstrasi membantah keceluparan Guan Eng tempoh hari.

Isu yang kini dilihat menguji sikap ahli-ahli di peringkat akar umbi berhubung kerjasama Pas dan DAP menampakkan kebimbangan di peringkat atasan. Hadi dan Nik Aziz Nik Mat mengambil jalan selamat dengan kurang memberikan komen. Mereka sedar projek Putrajaya bersama DAP dan PKR bakal menjadi cerita sebelum tidur.

Pas yakin jika ahli-ahli mereka turut berdemonstrasi, implikasinya ia boleh menakutkan pengundi-pengundi Cina. Biar satu atau seratus demonstrasi membantah, Guan Eng, Pas mesti mengelak daripada terbabit.   

Sebab itu dalam hal ini Presiden Pas dan timbalannya tidak kelihatan serta menjauhkan diri dari isu berkenaan. Tapi kedua-duanya lupa di peringkat akar umbi, ahli-ahli Pas berasa kecewa pucuk pimpinan menjadi macam seekor tikus apabila berdepan Guan Eng.

Ia memberi gambaran DAP seolah-olah ada lesen memperlekeh Islam dan Pas pula terus membisu. Kalimah ALLAH bukan hak milik PAS dan PKR.

POK NIK a.k.a Tok Chear"s harus taubat !!!

p/s : sekarang pengikut PAS patut ditarbiyah suruh buka mata.. Mereka ini semua taksub dan dah jadi katak bawah tempurung sebab hanya baca harakah dan dengar ceramah politik PR aje.. Otak bukan tak ada, tapi tak guna, tak tengok, tak baca, tak nak ambil tahu nemgenai hal semasa.

No comments:

Post a Comment