Monday 15 April 2013

Gempar !! Kubur ini bukan ahli politik yang punya. #TolakPR #BetterNation #GE13 #PRU


"Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mendedahkan bahawa nama Najmi sememangnya tiada dalam senarai calon asal yang dikemukakan kepada PAS Pusat."


Kejutan yang berlaku di Baling, Bagi Calon Ahli Parlimen P16 untuk PAS amat mengejutkan. Calon-Calon Muda yang diharapkan oleh akar umbi untuk menduduki kerusi "PANAS" selepas Untaz Taib Disinggkirkan. 

Pemilihan Bekas Pegawai Tentera itu, seterusnya menafikan hak-hak pejuang "pas" yang selama ini berjuang siang dan malam demi PARTI. antaranya Ustaz Hasan, Ustaz Helmi, Ustaz Abdullah Isa bakal mengisi kerusi DUN sambil mengharapkan YB Johari dinaikan "kasyaf' ke kerusi Parlimen.

Di kalangan DPP amat mengharapkan akan "suara pemuda" serta wakil pemuda dalam salah satu tempat di Baling ini. Tidak hairan lah jika Mat Sabu ketika menyampaikan cermahnya di Padang Awam KEDA kupang, "menyindir" calon ahli parlimen, apabila ucapannya dia bercakap "dialet" Kuala Lumpur.

PRU-13: Calon PAS Baling Nafi Tidak Diterima Pengundi


Calon PAS Parlimen Baling, Brigedier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad menafikan dakwaan bahawa pencalonannya bertanding di kerusi berkenaan mendapat bantahan daripada ahli akar umbi part itu.

Beliau yang juga bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) itu turut menolak dakwaan bahawa kehadirannya tidak disenangi oleh pemimpim PAS peringkat kawasan.

"Alhamdulillah, saya tak nampak ada penolakan di sini. Buat masa ini sambutan semuanya baik.
"Saya tak dengar pula ada orang tidak senang dengan saya untuk bertanding di sini," katanya kepada mStar Online di sini, Ahad.

Datuk Najmi Ahmad (dua dari kanan) diumumkan
sebagai calon PAS bagi Parlimen Baling.

Beliau mengulas mengenai dakwaan yang mengatakan wujud suara-suara di kalangan pemimpin tempatan dan pekerja parti yang tidak berpuas hati dengan calon yang dikemukakan PAS Pusat.

Kumpulan berkenaan dilihat tidak menyenangi pemilihan Najmi yang disifatkan sebagai calon 'payung terjun' tanpa melalui proses saringan PAS kawasan n negeri.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mendedahkan bahawa nama Najmi sememangnya tiada dalam senarai calon asal yang dikemukakan kepada PAS Pusat.

Menurut Azizan yang juga Menteri Besar Kedah, PAS sudah mempunyai nama calon lain di Parlimen Baling bagi menggantikan penyandang kerusi itu, Datuk Taib Azamudden yang digugurkan daripada bertanding atas faktor kesihatan.

Mengulas lanjut Najmi yang juga adik kepada bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad berkata beliau yakin sentimen berkenaan bukan menjadi isu utama.

"Saya yakin ahli dan penyokong PAS faham keputusan PAS Pusat. Saya sebagai calon akan berusaha bagi memenangkan PAS pada pilihan raya nanti,

Apa yang pasti, akan ada kejutan yang berlaku......di Baling Nanti, 

No comments:

Post a Comment