Monday 1 April 2013

Gempar !!! Mat Sabu nak serbu Cg Non kes Tabung Memali. @sinaron9 @tunfaisal



SIAPA C.N Al-Afghani? Di kalangan orang Pas, nama itu tidak asing. Beliau merupakan exco Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah dari tahun 1991 hingga 1997.

Riwayat hidupnya juga menarik. Afghani atau nama sebenarnya Zainon Ismail pernah berjuang bersama Mujahidin di bumi Afghanistan pada sekitar tahun 1988.

Beliau juga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas tuduhan mengetuai Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM).

Khabarnya, Afghani tidak lagi bersama Pas. Beliau kini aktif menulis buku termasuk mendedahkan kepincangan dan kesesatan dalam Pas.Mengapa beliau yang dikenali sebagai aktivis tegar Pas meninggalkan parti itu?

Rupa-rupanya ada cerita di sebalik perubahan beliau. Afghani telah menulis sebuah buku bertajuk Air Mata Di Bumi Memali yang diterbitkan pada 2010. Dalam buku itu, beliau telah mendedahkan isu penyelewengan Tabung Mangsa Memali, iaitu tabung yang dilancarkan oleh Pas bagi membantu anak yatim dan balu mangsa Memali.

Pendedahan tersebut mencetuskan kontroversi. Isu tersebut panas dan ternyata ramai pemimpin Pas kurang senang.Afghani sendiri mengaku beliau menerima ugutan sehingga terpaksa membuat aduan polis selepas penerbitan buku itu.



Dari orang Baling untuk Rakyat Baling.... Jom kita dengar kupasan dan penjelasan dari Cikgu Non yang selama ini berjuang dengan "AMANAT HJ HADI" sehinggakan sanggup mengkafirkan IbuBapa sendiri.

Jom orang Baling, kita pakat 'mai dengaq' apa yang hendak di luahkan dan diberikan kepada kita terutamanya ahli-ahli Pas sekalian. Cuba jangan pekakan telingan, jangan nafikan hak hati.. jom fikirkan dengan akal yang waras... 




No comments:

Post a Comment