Friday 5 April 2013

Gempar !! PAS kedah Bakal kehilangan Azizan Razak. #TukarKedah #SaveKedah #ManifestoBukanJanji #TolakPR #GE13 #PRU13 #BNBagus #Transformasi #BN4Malaysia

Sedih dan Pilu melihatkan keadaan Azizan Razak selaku pesuruhjaya PAS Kedah yang dilaporkan media sosial jatuh sejurus berjumpa YDP Agong untuk mohon perkenan Pembubaran DUN Kedah.

Ramai rakyat yang menganggap apa yang berlaku ini adalah satu petanda awal kejatuhan regim pakatan yang diketuai oleh Azizan Razak.

Kajiselidik Merdeka Centre mengatakan Kedah mungkin dapat ditawan semula oleh BN dengan kembalinya sokongan pengundi Melayu & Cina kepada BN.

Sementera itu, Barisan Nasional (BN) Kedah yakin untuk meraih kemenangan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali gus membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, setakat ini 22 kerusi DUN dianggap berada dalam kawasan putih dan BN perlu memenangi enam lagi kerusi yang berada di kawasan kelabu.

"Usaha diteruskan habis-habisan sehingga hari mengundi dan kita yakin dengan jentera sedia ada kita mampu memenangi kerusi tersebut, insya-Allah," katanya kepada pemberita pada program Penggerak PRU-13 Parlimen Kuala Kedah di sini hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang juga Ketua Penerangan UMNO Kedah.

Pada pilihan raya umum 2008, BN Kedah memenangi 14 daripada 36 kerusi DUN.

Menurut Ahmad Bashah, bagi kerusi Parlimen pula, BN Kedah menyasarkan 11 daripada 15 kerusi berkenaan bagi memenangi pilihan raya kali ini selain mampu menawan pengundi atas pagar.

"Mereka tidak sokong mana-mana tapi berpihak kepada BN kerana mahu masa depan yang lebih baik berbanding sekarang.

"Apa yang telah berlaku selama lima tahun di Kedah ini akan buat mereka untuk berfikir dan membuat keputusan terbaik," katanya.

Beliau berkata, petugas dan jentera juga diminta untuk meningkatkan kerja di daerah masing-masing untuk memastikan pengundi di kawasan tersebut memberi sokongan kepada BN.

The Malaysian Insider yang melaporkan hasil kajiselidik Merdeka Center For Opinion Research : Survey shows Pakatan may lose Kedah with 6pc swing in Malay & Chinese Votes.

P/S : AZIZAN RAZAK perlu menelan balik kenyataan yang dibuatnya ketika mengugurkan Ustaz Taib Azzamuddin sebagai penyandang Parlimen Baling."Taib Azamuddin diganti oleh calon lain untuk Parlimen Baling atas Faktor Kesihatan.. Azizan Razak pun tidak sihat.. Kenapa tidak diganti.."


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment