Monday 8 April 2013

Gempar !! PAS Kedah tidak bergaduh. #GE13 #PRU13 #TukarKedah #SaveKedah



Dakwaan pergeseran antara Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dan Timbalan Pesuruhjaya PAS 1 Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi kini dianggap 'rahsia umum'.

Tahun lalu, pentadbiran negeri Kedah dilanda kemelut apabila Phahrolrazi dan pesuruhjaya PAS III Kedah, Dr Ismail Salleh enggan dilantik semula sebagai exco kerajaan negeri.
Kedua-dua pemimpin PAS itu bertindak demikian dipercayai kerana tidak berpuas hati dan kecewa dengan kepimpinan Azizan berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya.

PAS Pusat dan negeri akhirnya mengadakan pertemuan khas - yang berlarutan sehingga jam 3 pagi - bagi menyelesaikan masalah itu sebelum mengarahkan kedua-duanya menerima semula jawatan tersebut.

Sementara itu, Mahfuz juga percaya kontroversi pembalakan di Tasik Pedu tidak akan menjejaskan usaha PAS Kedah untuk mengekalkan pentadbiran mereka di Kedah.

"Cuma sekarang ini kita fikir macam mana kita mahu terangkan kepada rakyat," katanya.

Kerajaan negeri sebelum ini mempertahankan kelulusan aktiviti pembalakan di situ dan menegaskan ia bertujuan untuk projek ladang buah-buahan bagi meningkatkan pendapatan negeri._ Kedah Lanie.


Dalam saat pilihan raya menjelma, Pertembung sesama sendiri dan sikap ingin menunujukan pengaruh masing-masing. Tentunya Mat Sabun syiah membuka banyak lubang  serta laluan kepada musuh azizan menyerangnya. 

mari kita lihat apa yang berlaku sebenarnya yang terjadi mengikut kupasan dari blog Kedah Ke KL . Mana pernah Phahrol keluarkan kenyataan 'Enjin 3 selindir kat Azizan'.. tu media UMNO tuu. Orang-orang Phahrol tak pernah ugut pun nak tutup bilik gerakan, mana pernah!

Phahrol pun tak pernah kena 'culik' 2 jam dalam sekolah, tak pernah ehhh.. semua tu dusta belaka.

Phahrol tak pernah buat sidang media 'khas' untuk maki Azizan di rumah dia dulu. Dia tak buat, UMNO FITNAH!!

Malah Phahrol tak pernah pun keluar kenyataan dalam SINAR yang dia dah 'bersedia' untuk jadi MB. Dia tak cakap pun. Muka sama, tapi bukan dia!

Malah Nasir Mustaffa yang dok kutuk MB dalam 'Zello' pun, hanya rekaan UMNO semata-mata. Depa kawan baik Azizan dengan Phahrolrazi ni, siap boleh cium pipi.

Phahrol tak pernah suruh pun 'orang Azizan' belot kat Sungai Limau, dia mana pernah pi sana, dia siap berdoa, Ustaz Azizan jadi calon Sungai Limau!

Kiranya tak pernahlah Phahrol kutuk Azizan dalam ceramah Pas. Kalau anda pernah tengok, mungkin itu hanya kembar Phahrol. Macam Anwar cakap, 'muka macam saya, tapi perut tak sama!

Jadi kesimpulannya, jumpa orang jangan tengok muka, tapi tengok perut, pastikan perut dia sama, untuk kenal pasti seseorang individu.



No comments:

Post a Comment