Wednesday 24 April 2013

Hudud Tak Boleh Dilaksanakan Tanpa Persetujuan Seluruh Rakyat M'sia @Khalid_Ibrahim- MB S'gor #PRU13 #GE13 #TolakPR


Ketika pemimpin Pas seperti Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan pendirian mahu melaksanakan hukum Hudud di negara ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa undang-undang itu tidak akan dilaksanakan di Selangor.

DAP, satu lagi gabungan pakatan pembangkang, awal-awal lagi menentang cadangan itu.

Bercakap kepada pemberita, Abdul Khalid berkata, hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan tanpa mendapat persetujuan seluruh rakyat Malaysia serta rakyat Selangor khususnya.

"Hukum Hudud merupakan prinsip Islam dan menjadi sebahagian daripada pentadbiran di Selangor.

"Namun ia tidak dianggap sebagai satu ketetapan kerana rakyat di negara ini perlu mengikut apa yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Katanya lagi, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), yang merupakan badan tertinggi agama Islam di Selangor, tidak pernah membuat apa-apa ketetapan berhubung cadangan itu.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dalam ceramahnya di Arau berkata, hukum Hudud adalah asas perjuangan PAS dan tidak boleh diubah, oleh itu PKR dan DAP harus bertolak ansur dengan kehendak PAS.

Di Kota Baharu, Nik Abdul Aziz berkata, Pas tetap akan melaksanakan hukum hudud jika pakatan pembangkang dapat menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum 5 Mei.

Mstar.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment