Thursday 11 April 2013

Kedah Tidak Isytihar Hari Mengundi Cuti Umum. #GE13 #PRU13



Kedah tidak akan mengisytiharkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei depan sebagai cuti umum.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, walaupun hari pengundian jatuh pada hari Ahad, iaitu bekerja bagi negeri berkenaan, beliau yakin ia tidak akan menjejaskan pengundi untuk keluar mengundi.

"Kita tak akan umum hari itu (hari mengundi) sebagai cuti umum.
"Lagi pun kerajaan sedia ada ini hanyalah sebuah kerajaan sementara," katanya ketika dihubungi di sini, Rabu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari pengundian bagi rakyat Malaysia ialah pada 5 Mei depan manakala hari penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 20 April dan 30 April.

Pada 3 April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat bagi membolehkan PRU-13 diadakan.

sumber dari Mstar.

No comments:

Post a Comment