Sabtu, 6 April 2013

@Khalidibrahim memang kaki "tapau" #SayangiSelangor #TolakPR #ManifestoBukanJanji #GE13 #PRU13


Pendedahan pembongkaran mengenai "dajal" yang di lakukan oleh MB gagap. Terbaru Seorang anggota di cabang PKR yang diketuai Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini membuat laporan ke atas menteri besar Selangor itu atas dakwaan menyalahguna dana berjumlah kira-kira RM20,000 dari cabang parti itu.

Satu video yang disiarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di portal Youtube menunjukkan anggota cabang berkenaan, Airos Shahidin Manaf yang membuat laporan berkenaan atas dakwaan tidak menerima penjelasan sewajarnya berhubung isu tersebut.

Airos Shahidin mendakwa, isu berkenaan dibangkitkan dalam mesyuarat agung cabang tersebut enam bulan lalu baca seterusnya (Anggota cabang buat laporan ke atas Khalid)



Patut la pemimpin pembakang engganan pemimpin pembangkang untuk menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International (TI) yang merupakan satu inisiatif sebuah badan antarabangsa.

menandatangi ikrar yang dilaksanakan atas inisiatif TI Malaysia kerana rakyat mahukan pemimpin serta wakil rakyat yang bukan sahaja berintegriti malah perlu menzahirkannya dalam bentuk tindakan.



tindakan menzahirkan komitmen integriti kepada rakyat selaku pengundi seperti yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku ketua parti Barisan Nasional (BN). Rabu lepas, Najib menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya TI, membuat perisytiharan terbuka untuk mendukung integriti dan memperteguh komitmen beliau terhadap agenda negara dalam memerangi rasuah terutama pada pilihan raya umum ke-13.

Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International merupakan kontrak sosial secara sukarela, dengan calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum berikrar untuk menggalakkan integriti, tadbir urus baik, ketelusan dan akauntabiliti dalam kerajaan dan mendukung kedaulatan undang-undang. Najib turut memberi komitmen bahawa sebaik sahaja nama calon BN bagi pilihan raya umum diumumkan, beliau akan memastikan semua calon menandatangani ikrar itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah