Tuesday 23 April 2013

Panas !!! Mengulumpur Tok Pa Ali bila kisah "seluar dalam" bakal di angkat ke Mahkamah. #GE13 #TolakPR



Video seks Mustafa Ali menjadi begitu hangat menjelang PRU13 kali ini. Penyebarkan begitu meluas dan di laman media sosial. Dengan pendedahan tersebut, blog dan portal pembangkang terus menunding jari dengan menyalahkan Umno. Pelbagai andaian dikeluarkan bagi meyakinkan khalayak pembaca mereka kononnya Umno terlibat dengan skandal tersebut.

Namun apabila diteliti, nyata ia hanya merupakan satu lagi fitnah jahat yang dilakukan oleh para pencacai pakatan pembangkang bagi merosakan imej Umno. Malah sebelum ini majoriti perjuang alam maya Umno, pernah membuat penegasan, tidak memerlukan sebarang 'skandal seks' untuk menang dalam pilihanraya umum ke-13. Niat dan taktik jahat pembangkang pihak UMNO akan mengambil tindakan Tegas ketas mereka yang membuat tuduhan UMNO menjadi dalang tersebarnya video tersebut.

Dakwaan Edar Video Seks: Umno Saman Mustafa Ali
Datuk Mustafa Ali
KUALA LUMPUR: Umno akan memfailkan saman terhadap Datuk Mustafa Ali dan dua lagi berhubung dakwaan parti itu terlibat dalam pengedaran video seks melibatkan pemimpin PAS itu.
Peguam yang mewakili Umno, Datuk Hafarizam Harun bercakap kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Selasa berkata parti itu telah memfailkan saman kerana tuduhan yang dilemparkan itu disifatkan sebagai 'penipuan dan cuba untuk mengaitkan parti itu dengan skandal awam bagi menimbulkan kebencian orang awam'
"Kami mahu menuntut keadilan," katanya.
Pendedahan video seks Mustaffa Ali hanya merupakan sebahagian dari perancangan Anwar untuk berdepan dengan kumpulan UG. Dengan menyalahkan Umno sebagai dalang, Anwar mengharapkan kumpulan tersebut marah dengan tindakan jijik tersebut dan kembali menyatakan sokongan kepada pakatan pembangkang, sekaligus menerima idea untuk meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-7.

No comments:

Post a Comment