Saturday 20 April 2013

#PKR13 : Siasatan Dilancarkan Selepas Calon BN Pasir Mas Tidak Serah Borang Pencalonan - Mustapha #GE13

kerusi Parlimen Pasir Mas,
Datuk Ibrahim Ali lawan Nik Abduh Nik Abdul Aziz 

Barisan Nasional Kelantan akan melancarkan siasatan berhubung kegagalan calon Parlimen Pasir Mas, menyerahkan borang pencalonannya pada Sabtu.
Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed melahirkan rasa terkejut beliau dan menegaskan yang BN akan segera menjalankan siasatan khas berhubung isu berkenaan.
"Kita akan mengadakan mesyuarat khas dengan semua biro politik untuk membincangkan mengapa calon kita tidak menyerahkan borang pencalonan dan strategi kita yang seterusnya bagi kerusi berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang pencalonan calon BN di Pejabat Tanah dan Daerah Jeli pada Sabtu.
Dilaporkan calon BN bagi kerusi Parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa yang juga Timbalan Ketua Umno bahagian Pasir Mas tidak menyerahkan borang pencalonan bagi memberi ruang kepada saingan dua penjuru antara Presiden Pribumi Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dengan anak Nik Aziz, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Mustapa yang lebih mesra dengan panggilan Tok Pa, juga akan menyaksikan saingan satu lawan satu dengan calon PAS, bagi kedua-dua kerusi Parlimen Jeli dan DUN Ayer Lanas.
Beliau akan berdepan dengan calon PAS, Mohd Apendi Mohamed di Jeli dan Abdullah Ya'kub di Ayer Lanas.
Mustapa, yang dikatakan akan dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan sekiranya BN berjaya merampas Kelantan, menegaskan BN mensasarkan untuk memenangi 23 kerusi.
"Saya yakin kita ada peluang yang lebih baik dengan barisan calon kali ini yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk orang muda, ulama, teknokrat, pesara kerajaan dan aktivitis," katanya.
Ditanya adakah beliau akan dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan seterusnya, beliau berkata "Semua 45 orang yang dicalonkan bagi kerusi DUN mempunyai peluang untuk menjadi Menteri Besar", katanya.
Mstar.

No comments:

Post a Comment