Friday 26 April 2013

#PRU13: Apa kes pulak ni ? Calon P016 Baling siri 2. #GE13 #TolakPR #TukarKedah


Salam 1 Malaysia. 'Orait' kita sambung cerita bab penjelajahan calon P016 Datuk Abdul Azeez Rahim. Dalam siri Jelajah menemui pengundi di DUN kupang, DAAR yang sempat singgah di beberapa PDM di mukim Bakai. Alhamdulilah pihak kami menerima sambutan hangat dari pengundi pelbagai peringkat usia.

Apa yang terpancur diwajah mereka yang menanti ketibaan kami begitu bersemangat dan teruja menerima kehadiran calon P016 Baling. Jelaslah rakyat Baling begitu senang dengan calon dari Barisan Nasional.

DAAR tidak asing lagi disini, beliau sudah lama berbakti di bumi Baling. Menabur keringat bakti membawa pelbagai peluang dan ruang untuk kesejahteraan rakyat Baling. Begitu senang dan mudah didekati.

Ayuh warga Baling pilihan kita bukan mereka yang hanya 5 tahun sekali baru nak nampak muka..

Pilihan kita bukan mereka yang tahu bercakap tetapi tidak pandai melaksanakanya.

Pilihan kita bukan hanya pandai menabur janji..tetapi tidak pandai ditepati.

Pilihan kita bukan pandai mencuri dan merosakan hutan sebagai sumber rezeki kita....

Pilihan ialah sebuah kerajaan yang sentiasa menjaga kesejateraan rakyat menjaga Agama, Bangsa dan Negara.

Pilihlah Barisan Nasional.....












Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment