Selasa, 16 April 2013

#PRU13 :BERSATULAH ! tekadkan semangat teruskan kecemerlangan #Vote4BN #ManifestoBN #APromiseofHope #Najib4PM #Transformasi #BNBagus #GE13 #1Malaysia #JanjiDitepati #BetterNation

Nasib Islam dan bangsa Melayu juga bergantung pada PRU kali ini, andaikata kita kalau kalah!.. Nauzubillah, nescaya Islam dan Melayu akan tergadai ditangan-tangan pengkhianat negara. Berdoalah supaya kita diberi kekuatan untuk mempertahankan Agama, Bangsa dan Tanah Air.




Umno tidak sama dengan parti-parti politik lain kerana asas perjuangan Umno ialah bagi membebaskan negara daripada belenggu penjajahan dan membolehkan negara dan bangsa bebas menentukan masa depan sendiri tanpa kongkongan pihak luar.


"Umno bukan sebarangan parti, Umno bukan parti yang lahir di tepi jalan, Umno bukan parti ditubuh di tengah rusuhan rakyat, Umno adalah parti yang ditubuhkan kerana perjuangan, kerana niat yang suci, kerana jika tidak, negara ini tidak bebas, merdeka.


"Jadi Umno bukan sebarang parti. Umno tidak lahir kerana kerakusan hendakkan kuasa untuk mana-mana pemimpin. Umno bukan parti yang lahir kerana orang dengki hendak sangat jawatan perdana menteri. Umno lahir atas niat besar," katanya.

Sekiranya anggota Umno bersatu dan berpadu, tiada sesiapa mahupun mana-mana kuasa lain boleh menafikan perjuangan parti atas nama agama, bangsa dan negara, katanya semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Libaran, Kinabatangan, Sandakan, Batu Sapi dan Beluran secara serentak di Dewan Serbaguna Sri Libaran di sini hari ini. Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Sehubungan itu, Najib mengingatkan anggota dan pemimpin Umno supaya tidak melupakan sejarah penjajahan negara asing ke atas negara ini yang mengamalkan dasar dan pemikiran 'pecah dan perintah' kerana sebarang kelekaan cuma akan melemahkan bangsa Melayu sendiri.

Katanya penubuhan Umno pada awal tahun 1946 merupakan usaha penting untuk menyatupadukan bangsa Melayu yang bermula di semenanjung dan telah berjaya menyatupadukan pelbagai suku kaum Melayu pada ketika itu seperti Jawa, Boyan, Bugis dan lain-lain atas kesedaran bahawa Melayu lemah kerana berpecah-belah.

Menurut Najib selepas penubuhan Umno, bangsa Melayu tidak lagi melihat suku masing-masing sebagai yang paling penting atau utama sebaliknya mereka memilih bersatu serta bernaung di bawah panji Umno.

"Sebab itulah Umno berjaya sebagai sebuah parti keramat sampai lah ke hari ini kerana di dalam Umno kita tidak mengagungkan kesukuan lagi...tak kira dari daerah mana, tak kira dari negeri mana, tak kira dari suku apa, asalkan dia orang Umno, kita pilih dia sebagai pemimpin," katanya.

Najib berkata sikap mengagungkan suku selain akan melemahkan orang Melayu dan Umno juga cuma membawa semula bangsa Melayu ke zaman dasar dan pemikiran 'pecah dan perintah' pihak penjajah sekaligus menafikan prinsip dan perjuangan asal Umno.

Perdana Menteri berkata anggota Umno tidak lagi boleh menoleh ke belakang sebaliknya mereka perlu membina nilai perjuangan asal Umno dan bukannya perjuangan atas nama struktur, logo dan lagu-lagu dan bangunan Umno yang besar semata-mata.

Katanya perjuangan atas prinsip dan nilai-nilai parti Umno yang akan menentukan kelangsungan parti demi perjuangannya untuk membela agama, bangsa, negara dan seterusnya membangunkan negara.

"Kita tanam dalam hati kita bahawa saya berkorban, sanggup berjuang atas nama agama, bangsa dan negara. Kalau ada mana pemimpin yang berjuang kerana 'saya nak isi perut saya, saya nak isi poket saya, berjuang untuk jawatan', kalau ada pemipin seperti ini, sila tinggalkan Umno. Kita akan lebih kuat tanpanya.

"Kita tak perlu resah kerana dalam sejarah perjuangan Umno, pemimpin boleh pergi dan datang. Tak ada mana-mana pemimpin Umno (sebelum ini) yang telah menunjukkan dia lebih besar daripada parti...yang kuat ialah parti, Najib tidak kuat, Musa (Aman) tidak kuat, lain-lain pemimpin tidak kuat, yang kuat ialah Umno dan Barisan Nasional yang ada di belakang kita," katanya. 

BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah