Selasa, 16 April 2013

#PRU13: Calon BN di Kedah @MukhrizMahathir Sah Tanding DUN Ayer Hitam. #Vote4BN #ManifestoBN #APromiseofHope #Najib4PM #Transformasi #BNBagus #GE13 #1Malaysia #JanjiDitepati #BetterNation

Datuk Mukhriz Mahathir

ALOR SETAR: Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Jerlun pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei nanti.

Beliau sebaliknya akan berubah kedudukan dengan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam.

Selain itu, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Mahadzir Khalid juga tidak akan mempertahankan kerusi DUN Pedu yang dimenanginya pada 2008.

Mahadzir akan berpindah kerusi dengan bertanding di kerusi Parlimen Padang Terap.
Sementara itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail akan bertanding di Parlimen Pokok Sena.

Beliau akan melawan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang merupakan penyandang kerusi.

Sahlan adalah calon muka baru pada PRU-13.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom diumumkan sebagai calon bagi Parlimen Padang Jerai.

Beliau juga merupakan calon muka baru.

mstar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah