Sunday 28 April 2013

#PRU13 : Kisah sedih dan perit mengusung bendera @dapmalaysia #TolakPR #GE13



Komen dari salah seorang pembaca blog yang sangat menerik untuk dikongsikan :-

Pemimpin Pas tahu. Ahli Pas juga tahu. Pas dan DAP berdepan dengan musuh yang sama (common enemy). Pas mahu menumbangkan Umno. DAP juga mahu yang serupa. Kerjasama politik Pas - DAP adalah atas matlamat yang saya, " Menumbangkan Umno ". Sebab itu mereka masih boleh bersama walau pun tak sekepala dalam isu Hudud atau Negara Islam. 


Mungkin yang dimaksudkan oleh Haron Din baru2 ini adalah, " kita tumbangkan Umno dahulu kemudian baru kita bincang pasal Hudud, pasal negara islam "


Adakah ini boleh disamakan, " tak apa kita robohkan dulu rumah lama yang sedia ada, selepas tu baru kita bincang berapa pampasan nak beri kepada tuan rumah, berapa pampasan nak beri kepada tuan tanah, nak bina mesjid sahaja atau nak bina tokong saja atau nak bina mesjid dan tokong dalam satu kompleks, kemudian kita boleh bincang "


Anda tahu apa akan berlaku selepas rumah lama dirobohkan dan tanah telah diratakan.

1. Tuan rumah mungkin tak dapat pampasan walau pun sikit.
2. Tuan tanah juga mungkin tak dapat pampasan walau pun sikit.
3. Mesjid tak menjadi kenyataan.
4. Tokong juga tak menjadi kenyataan.
5. Tanah itu akhirnya ditumbuhi semak dan samun.
6. Pemaju sesama dia naik turun mahkamah tak sudah2.

Berdoalah supaya selepas PRU13 nanti KITA SELAMAT dan NEGARA JUGA SELAMAT.

*komen asal dari blog

Memetik kenyataan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh pada Rabu menegaskan, keputusan awal parti itu untuk menggunakan logo PAS pada Pilihan Raya Ke-13 (PRU-13) tidak sama sekali bermakna yang mereka bersetuju untuk menerima Hukum Hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS di negara ini.



Kebenaran yang diberikan oleh PAS itu, kata Karpal tidak mengambarkan yang DAP telah berganjak daripada pendirian mereka untuk menolak Hudud.
sebagai respon kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang menegaskan bahawa rakan-rakan PAS dalam Pakatan Rakyat akhirnya akan menerima pelaksanaan Hukum Hudud sebagaimana yang ditunjukkan oleh DAP untuk menerima penggunaan logo PAS sekiranya perlu pada PRU-13 ini.
walaupun PAS telah menjelaskan yang Hukum Hudud hanya akan digunakan ke atas masyarakat Islam sahaja tetapi pelaksanaan dua sistem perundangan khususnya berkaitan jenayah akan mencetuskan konflik dan huru-hara apatah lagi jika ia melibatkan dua orang bukan Islam dan Islam dalam kes yang sama tetapi dibicarakan dalam dua sistem yang berbeza.
Malah Karpal turut mengingatkan PAS yang Perlembagaan Persekutuan juga tidak memperuntukkan undang-undang untuk pelaksanaan sebuah negara Islam.
“Jika sekali pun PAS mahu meminda Perlembagaan Persekutuan, DAP atau PKR tidak akan sama sekali membenarkannya


No comments:

Post a Comment