Khamis, 18 April 2013

#PRU13 : Pengundi di Pendang di Nasihatkan jangan undi Calon 'Syiah'. #GE13 #TukarKedah #TolakPR

Othman Abdul Bakal Tumbangkan Mat Sabu di Pendang

Jika PAS adalah parti yang waras, tentu sekali mereka tidak akan membiarkan seorang seperti Mat Sabu berada dalam senarai kepimpinan tertinggi. Jika PAS disokong oleh orang-orang yang waras juga, tidak mungkin Mat Sabu akan dijulang sebagai tokoh penceramah tersohor.

Ini kerana orang-orang yang waras tidak mungkin 'mampu' mendengar ceramah kosong dan lawak bodoh Mat Sabu lebih dari lima minit. Namun, inilah hakikatnya parti PAS, iaitu dianuti oleh orang-orang yang kurang waras belaka.

Mat Sabu terkenal antara pemimpin tertinggi gerakan Syiah di Kedah, dan rangkaian Syiah itu dikatakan berkembang agak pantas setelah PAS memenangi negeri Kedah serta Mat Sabu mendapat jawatan Timbalan Presiden parti.

Mat Sabu juga sehingga kini masih belum dapat membersihkan namanya dari skandal khalwat termasuk rakaman perbualan seks dengan pasangan khalwatnya yang juga isteri rakannya sendiri. Selain itu, Mat Sabu juga merupakan balaci peringkat tertinggi bagi DAP dalam melaksanakan agenda mengubah sejarah, mengiktiraf komunis serta memijak-mijak Melayu.

Namun, siapa atau apapun Mat Sabu itu, PAS tetap memilih untuk menidakkan segala kebobrokan Mat Sabu serta terus menjulang dan menimangnya.

Justeru, salahkah kita jika merujuk kepada PAS sebagai 'tidak waras'?

Dalam PRU kali ini, Mat Sabu terus diusung untuk bertanding. Dikatakan sebelum ini Mat Sabu 'merayau-rayau' mencari kawasan kerana keadaan kelihatan sedikit sukar baginya. Akhirnya PAS telah memutuskan Parlimen Pendang untuk Mat Sabu, mungkin untuk menyediakan beliau menjadi Menteri Agama, sekiranya PR menang PRU ini.

Tindakan PAS mengenepikan penyandang Dr. Hayati Othman yang telah dua penggal menjadi wakil rakyat kawasan itu membuktikan betapa PAS mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa masyarakat Pendang boleh diperkotak-katikkan.

Dari segi fakta, keyakinan PAS tersebut adalah agak keterlaluan. Kita yakin rakyat Pendang bukanlah 'tidak waras' seperti yang PAS sangka. Dari tahun 1986 hingga 1999, kawasan itu diwakili oleh UMNO melalui Datuk Othman Abdul.

Sumber.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah