Rabu, 3 April 2013

#PRU13: PM Berucap Di TV 11.30 Pagi #GE13 #BNBagus #BetterNation


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Istana Negara kira-kira jam 8.25 pagi tadi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

PM Berucap Di TV 11.30 Pagi
PETALING JAYA: Desas-desus mengenai Parlimen akan dibubarkan hari ini (Rabu) semakin kuat apabila Datuk Seri Najib Tun Razak akan ke udara di televisyen secara langsung pada pukul 11.30 pagi.
Berdasarkan laman Twitter Pejabat Perdana Menteri (@PMOMalaysia), Perdana Menteri akan menyampaikan ucapan khas, dijangka mengenai pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
"Saksikan Perdana Menteri @NajibRazak berucap secara langsung di TV pada pukul 11.30 pagi ini," demikian menurut akaun Twitter berkenaan.
Terdahulu kira-kira pukul 8.30 pagi, kenderaan dinaiki Perdana Menteri dilihat memasuki Istana Negara dan meluangkan masa selama hampir sejam.
Menjadi amalan, pada Rabu setiap minggu Najib akan mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet.
Bayangan Parlimen akan dibubarkan seawal hari ini semakin jelas berikutan arahan Jabatan Perdana Menteri meminta semua Ahli Jemaah Menteri hadir mesyuarat Kabinet hari ini dengan pakaian berwarna gelap dan bertali leher berwarna merah bagi lelaki untuk sesi bergambar.
Sesi bergambar pada mesyuarat terakhir Kabinet adalah kelaziman sebelum pembubaran Parlimen dan Perdana Menteri biasanya akan mengadakan sidang media selepas mesyuarat itu.
sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah