Thursday 18 April 2013

Simbol sesuai digunakan @dapmalaysia untuk bertanding #PRU13. #GE13 #TolakPR

Jika benar bagai dikata, tak salah rasanya jika Pakatan Haram mengguna logo 'seluar dalam'. Tidak ada bezanya jika di fikirkan dan dilihat kerana setiap parti politik yang bergabung dalam pakatan penuh dengan kemunafikan dan Skandal lucah.


DAP Akan Tanding Guna Simbol PKR, PAS Jika ROS Tidak Batalkan Surat Tidak Mengiktiraf CEC.


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada Khamis mendakwa menerima surat daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bertarikh 17 April, melalui faksimili hari ini, menyatakan DAP tidak berkuasa mengeluarkan surat watikah pelantikan kepada mana-mana calon parti menggunakan simbol parti iaitu roket pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Menurutnya, ini susulan keputusan ROS yang tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti DAP.

Sehubungan itu, Lim berkata DAP bercadang menggunakan simbol PAS di Semenanjung dan simbol Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah dan Sarawak pada PRU13.

Lim sebelum itu mengadakan mesyuarat bersama Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, yang menurut pemimpin DAP itu mendapat persetujuan pemimpin parti masing-masing berhubung penggunaan simbol PAS dan PKR.

Beliau turut berkata sepucuk surat yang diterima semalam menyatakan ROS telah bersetuju menangguhkan penyiasatan berhubung pemilihan jawatan CEC.

Dalam surat itu, kata Lim, ROS telah bersetuju bahawa penyiasatan tersebut yang sepatutnya dijalankan hari ini, ditangguh ke 9 Mei.

Terdahulu, Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman dalam satu kenyataan yang dikeluarkan mengesahkan DAP boleh menggunakan simbol Roket pada pilihan raya umum kali ini walaupun siasatan berhubung keputusan pemilihan CEC parti itu sedang dijalankan.

Bagaimanapun, kenyataan itu menyebut Pendaftar Pertubuhan tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan DAP yang dibentuk semasa pemilihan parti itu pada 15 Disember 2012, mengikut Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966.

"Bagaimanapun, pendaftaran DAP tidak terbatal dan ia masih boleh menggunakan simbolnya semasa PRU13," kata Abdul Rahman.

Beliau turut berkata siasatan berhubung pemilihan parti itu akan diteruskan.

Kemelut yang berlaku dalam DAP itu timbul selepas ramai anggotanya dilapor mempersoal ketelusan dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP berikutan wujud perubahan mendadak dalam keputusan pemilihan kononnya disebabkan kesilapan pengiraan, selain dakwaan kenapa lebih 700 perwakilan dinafikan hak mengundi.

-BERNAMA

Pssssst.... Pas bodoh !!!! Pas dungu !!!!! Rumah dekat Sekolah Agama Yayasan Khairian penaik Bendera DAP....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment