Jumaat, 5 April 2013

Suami Isteri 'Begelut' Untuk Betanding #PRU13 #ManifestoBukanJanji #TolakPR #GE13

Menjelang tarikh penamaan calon PRU13, parti politik sedang giat mempekanalkan calon-calon bagi mewakili parti serta kawasan masing-masing.

Menghangangat suasana ini, semua masyarakat mengetahui dan mengenali parti anak beranak (PKR) yang diketuai Anwar Ibrahim yang bakal menyenaraikan seluruh ahli keluarga sebagai Calon untuk bertanding PRU13 ini.

Apa yang lebih menarik menariknya menurut sumber bernama, Tidak sampai 24 jam berita Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding dilaporkan media, anaknya Naib Presiden parti Nurul Izzah Anwar menyangkal kebenaran berita itu.

"Itu hanya cakap-cakap politik," katanya malam Khamis, walaupun menyedari berita itu berpunca daripada KeadilanDaily.com yang memetik bapanya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara itu kepada stesen televisyen Al-Jazeera Rabu lepas.

"Itu kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) Keadilan (merujuk kepada KeadilanDaily.com) saja. Setakat ini tidak ada perancangan sebegitu dan ia akan dimuktamadkan semasa hari penamaan (calon) nanti.

"Saya rasa pengumuman rasmi akan dibuat pada Rabu (depan) oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau akan tahu pastinya mengenai persiapan calon," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Chabang Tiga di sini.

Kenyataan Dr Wan Azizah tidak akan bertanding dimaklumkan Anwar semasa temu bual secara langsung dengan Al-Jazeera pada Rabu, menurut KeadilanDaily.com di www.keadilandaily.com, Khamis.

Nurul Izzah juga tidak percaya Anwar akan beralih angin bertanding di Perak seperti yang dibayangkan bapanya.

"Saya fikir beliau tidak menyatakan yang beliau bersedia bertanding di Perak. Ini spekulasi media dan saya sendiri telah mendapat memorandum daripada warga Permatang Pauh yang meminta beliau (Anwar) kekal di sana.

"Ada satu dimensi sentimental yang amat unik di Permatang Pauh. Ibu saya Wan Azizah telah tiga penggal menjaga kerusi dan berkhidmat di sana dan ternyata permintaan mereka untuk (Anwar) kekal di sana harus diambil kira," katanya.

Anwar menyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh selepas menang pilihan raya kecil yang diadakan pada 26 Ogos 2008 ekoran tindakan Dr Wan Azizah mengosongkan kerusi itu untuk suaminya.

Mengenai pembahagian kerusi PKR dan PAS di Terengganu, Nurul Izzah berkata perkara itu masih dalam perbincangan di peringkat akhir dan akan akan ditentukan dalam sehari dua lagi.

Sementara itu di GERIK, Anwar kembali berteka-teki tentang pilihannya sama ada bertanding kerusi di Perak atau kekal di Permatang Pauh.

Malam tadi beliau menggunakan alasan 'mahu berbincang' dengan pengundi di Permatang Pauh supaya 'mereka tidak berkecil hati' dan meminta tempoh 24 jam untuk membuat keputusan.

Ini kerana penyokongnya di Permatang Pauh telah membantu PKR mempertahan kerusi itu semasa Dr Wan Azizah bertanding sehinggalah beliau mengambil alih, katanya ketika berucap pada ceramah program Jelajah Merdeka Rakyat di situ.

Dalam pada itu beliau juga menimbulkan soalan: "Kalau saya bertanding di Perak, boleh ka? Saya memang bercadang bertanding di Perak, saya tujuh tahun di Kuala Kangsar (Kolej Melayu Kuala Kangsar), dan saya dua tahun (sebagai tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri) di Kamunting, Perak. Sembilan tahun di Perak, takkan tak boleh jadi ahli Parlimen Perak kot".

Anwar turut mengumumkan bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada Laksamana Pertama Mohamad Imran Abdul Hamid sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen Lumut manakala Ketua Angkatan Muda Keadilan Perak Dr Meor Ahmad Isharra Ishak calon kerusi Parlimen Padang Rengas.

Ketua pembangkang itu sebelum ini mengumumkan Dr Lee Boon Chye akan mempertahan kerusi Parlimen Gopeng, Mustafa Kamil Ayub pula sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen Pasir Salak dan Dr Muhammad Nur Manuty di Bagan Serai.

P/S: Anwar memang tak habis-habis nak bohong rakyat, memang pelakon 'porno' tak layak jadi PM.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah