Khamis, 4 April 2013

Suara dan peranan mahasiswa untuk dalam Tranformasi #Najib4PM #Vote4BN #GE13 #PRU13 #Transformasi #BNBagus #BetterNation



Mahasiswa yang ingin melibatkan diri dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dinasihat agar menyertainya secara sihat dan tidak ekstrem sehingga boleh menjejaskan reputasi institusi pengajian tinggi masing-masing.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata mahasiswa perlu sebaik-baiknya menggunakan ruang dan peluang berpolitik yang diberikan untuk mengutarakan pemikiran kreatif dan kritis mereka secara sihat.

"Mahasiswa kini bebas berpartisipasi dalam PRU-13, sama ada terlibat dalam kempen atau dipilih sebagai calon politik, persaingan yang sihat dan bersih perlu dilakukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Ke-52 Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) dan Seminar Kebahasaan di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini Rabu.

PRU-13 merupakan venue pertama menyaksikan penglibatan mahasiswa dalam politik setelah kerajaan meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang membolehkan mahasiswa bergerak aktif dalam politik.

Ia sebahagian daripada transformasi politik yang digerakkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang memahami dan mengiktiraf suara dan peranan mahasiswa.

Saifuddin yang juga anggota parlimen Temerloh berkata beliau optimis pengundi profesional dan pertengahan yang kebanyakannya merupakan pengundi atas pagar, akan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada PRU-13.

Ini kerana katanya, BN melaksanakan pelbagai pendekatan mesra yang bersesuaian untuk menarik sokongan mereka termasuk melalui media sosial.

"BN turut memberi perhatian penuh kepada golongan ini melalui pendekatan yang sesuai dengan gaya hidup mereka.

"Kita juga yakin dengan manifesto, idea parti serta calon yang bersih untuk bertanding nanti, turut membantu menarik sokongan pengundi golongan pertengahan ini," katanya.-

BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah