Tuesday 9 April 2013

Tahniah !!! PAS berjaya kutip RM 19K di Kupang #TolakPR #PeaceSabah #ManifestoBukanJanji #GE13 #PRU13 #TukarKedah





Semalam KK ada ler' lepak ngan sahabat lama di sebuah gerai, yang terletaknya bersebelahan dengan Markaz /Bilik operasi Pemuda PAS Baling yang terletak di Pekan Kupang. 

Secara tidak "semena-mena" KK disapa oleh seorang sahabat lama semasa dalam perjuangan PARTI PAS. Walaupun kami berbeza pandang politik dan ideologi sekarang ini, tetapi kami masih dan sahabat selamanya. di "cutkan" cerita KK di maklumkan hasil cetusan dan usha yang beliau lakukan bersama jentera pemuda PAS mereka berjaya memungut dan mengutip sumbangan dari ahli PAS di kawasan Kupang sebanyak RM 19000.00 belum lagi di campur dengan kutipan dari kawasan Kuala Ketil.  

Pejelasan dari sahabat itu, membuatkan KK terkejut dan cuak mengenai nasib orang-orang kampung yang menjadi mangsa "politik kedarah" PAS. bayangkan setiap ahli PAS diminta menyalurkan sumbangan RM5 Setiap keluarga.  


Sebagaimana yang termaklum dalam PAS kutipan derma adalah dikira amalan biasa, penyokong-penyokong PAS sangat gemar menghulurkannya.  Sifat seperti ini hampir-hampir sama pada zaman Rasulullah  s.a.w tetapi apa yang mendukacitakan derma-derma tersebut betulkah dipergunakan mengikut apa yang sepatutnya ?

Pada suatu ketika (lebih kurang 1 0 tahun dulu) dalam PAS telah ditubuhkan satu institusi kewangan yang dinamakan "Darul-Mal", berjuta-juta wang terkumpul, seluruh penyokong PAS dikerah agar menyumbangkan sebanyak mungkin di dalam tabungan tersebut, ada di antara ahli atau penyokong PAS yang telah menjual tanah, menjual barang-barang yang berharga dan mengambil segala wang yang ada di bank-bank lain untuk dimasukkan ke dalam akaun simpanan Darul-Mal.  Apakah yang terjadi sekarang ?  Sesungguhnya wang tersebut telah hilang dan mati tanpa berkubur.  Suatu tindakan undang-undang kepada pelaku sehingga kini belum ada kedengaran.


Pas menerusi pemimpin-pemimpinnya masih memaki-hamun kerajaan dan pasukan keselamatan berkaitan insiden itu di pentas-pentas ceramah mereka, parti itu tampak semakin bercelaru pendirian apabila kini melancarkan tabung bagi membantu perwira di Lahad Datu.

Ia dikendalikan oleh Dewan Pemuda Pas pusat dan dinamakan Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu. Lebih mengelirukan apabila akaun Maybank untuk menyalurkan sumbangan tidak sama dengan nama tabung itu sebaliknya atas nama Tabung Rakyat Prihatin.

Promosi mengenai tabung itu dilakukan oleh Pas menerusi lidah rasmi online parti itu, Harakah Daily dan ia boleh dilihat menerusi URL http://bm.harakahdaily.net/index.php/home. (Lihat rakaman gambar muka hadapan portal berita Harakah Daily bertarikh hari ini.)

Tiada salahnya Pas melancarkan tabung itu jika dari awal parti tersebut dan para pemimpinnya bersikap positif dan lebih patriotik serta berpolitik matang, iaitu sama-sama menyokong dan memberi semangat kepada pasukan keselamatan yang dikerah memerangi kumpulan pengganas itu, lebih-lebih lagi ia melibatkan maruah negara.


Pelancaran tabung tersebut sudah pastilah tujuannya untuk disalurkan bagi membantu keluarga perwira atau anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu.

Tetapi tindakan melancarkan tabung itu saat ini dilihat seolah-olah langkah terpaksa dan terdesak parti itu untuk menarik kembali sokongan dan perhatian orang ramai setelah menyedari majoriti rakyat Malaysia kini sedang berang dan kesal dengan tindakan pembangkang yang terus-terusan mempolitikkan insiden pencerobohan berkenaan. klik sini : Pencerobohan di Lahad Datu

No comments:

Post a Comment