Selasa, 2 April 2013

Tudia !!! Cikgu Non Memali kena Boooooooo #TolakPR #TukarKedah


Putaran waktu dirasakan begitu cepat berlalu, tanpa disedari telah genap 4 tahun Dato Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri mengurus tadbir kerajaan, malah tiada siapa yang dapat menyangkal mahupun menafikan prestasi cemerlang yang telah ditunjukkan selama ini. Ini kerana semenjak Perdana Menteri mengambil alih tampuk kepimpinan negara pada 2008, keadaan ekonomi negara terus berkembang baik berlatar belakangkan ekonomi global yang tidak menentu. 

Keberansangan dan perkembangan ekonomi dalam tempoh ini memperlihatkan kejayaan implementasi Program Transformasi Ekonomi (ETP) sekaligus membuktikan bahawa negara berada di landasan yang baik untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Sebagai contoh, Keluaran Dalam negeri Kasar (KDNK) dan Pendapatan Negara Kasar (PNK) telah menunjukkan peningkatan yang ketara malah dijangka akan mencecah jumlah 1 trilion untuk kali pertamanya menjelang 2013. 

Tahun 2009, KDNK yang berada pada paras 629.9 billion telah meningkat sebanyak 749.1 billion pada tahun 2012 manakala PNK yang berada pada paras 605.3 billion telah meningkat kepada 698.0 billion pada tahun 2012. Pelaburan Langsung Asing (FDI) oleh syarikat atau pelabur luar negeri juga menunjukkan peningkatan sejak 2009 iaitu penerimaan yang ketiga terbesar dikalangan negara-negara Asean. 

Pelaburan yang masuk itu tidak hanya dinilai mengikut jumlah tetapi turut di nilai dari segi pelaburan yang berkualiti tinggi dan mempunyai nilai tambah. Selain dari itu, kerajaan juga telah berjaya mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 800,000 pada tahun 2012 berbanding 2011, sebanyak 313 741 sekaligus mencapai sasaran 66%. Tidak ketinggalan Indeks Bursa Malaysia turut menunjukkan angka peningkatan sebanyak 29% sejak tahun 2010. 

Malah laporan ‘Menjalankan Pernigaan’ yang dikeluarkan oleh Bank Dunia pada 2013 turut mengatakan Malaysia yang berada pada tangga ke-12 adalah merupakan negara paling berdaya saing yang melonjak sebanyak 6 anak tangga berbanding 2011. Ia merupakan lonjakkan paling tinggi pernah direkodkan. Seterusnya keputusan kerajaan untuk membuat penyenaraian FGV telah meletakkannya sebagai kedua terbesar di dunia dengan meraih dana sejumlah 10 billion melalui tawaran awam permulaan. Ia seterusnya diikuti dengan penyenaraian IHH yang merupakan ketiga terbesar di dunia apabila meraih 6.67 billion daripada tawaran awam permulaan. Akhir sekali penyenaraian Astro yang merupakan ketiga terbesar di Malaysia telah meraih dana sejumlah 4.8 billion. 

Kesimpulannya biarpun diberikan masa yang agak singkat, ternyata usaha gigih dan kerja keras, Perdana Menteri telah berjaya mentransformasikan negara dalam pelbagai sudut termasuk undang-undang, ekonomi dan sosial. Malah semua usaha tersebut jelas menampakkan perubahan dan kesan yang ketara terhadap rakyat dan negara. 

Berbanding dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang hanya mampu berceramah untuk menipu rakyat, tetapi GAGAL mwngurus tadbir negeri-negeri yang dikuasai. Walaupun kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR, melantik Anwar sebagai Penasihat Ekonomi namun pendekatan itu langsung tidak berjaya menarik minat kerajaan Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan untuk melakukan perkara yang sama. 

Ini kerana mereka juga yakin dan percaya, Anwar hanya mampu beretorik, namun langsung tidak mempunyai bakat untuk mengurus tadbir ekonomi dengan baik. Sesuai dengan kenyatan mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang juga merupakan pakar ekonomi sebelum ini yang mengatakan Anwar telah gagal mengurus tadbir ekonomi negara apabila diuji semasa Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997. Malah kecenderungan pemimpin ‘Anugerah Tuhan’ itu dalam membuat kucar-kacir serta banyak disabitkan dalam aktiviti tidak bermoral, merupakan salah satu faktor penting untuk rakyat menolak pakatan pembangkang dalam pilihanraya umum ke-13.

Pekara ini di dikuatkan lagi dengan tokoh akedemi klik dan baca disini Peluang Cerah Untuk BN Di PRU13, Kata Tokoh Akademik  sekarang marilah kita sama-sama membantu dan berusaha agar apa yang kita capai dan bangunkan sekarang akan menjadi warisan kepada generasi akan datang . Ingatlah !! jangan kita terpedaya dengan pihak-pihak yang menawarkan  pelbagai janji-janji manis yang belum tentu. 2008 sudah nampak kesilapan mereka 4 tahun lepas, lantas mahu menebus kesilapan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah