Monday 29 April 2013

[Video] #PRU13 : Syuhhhh panas !! Jangan sesekali cuba gangu periuk nasi orang. #GE13 #TolakPR



Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggesa rakyat Johor menolak "anasir luar" yang akan menghancurkan hubungan akrab masyarakat berbilang kaum di negeri berkenaan yang disifatkan seperti "hubungan abang dan adik."

Timbalan Perdana Menteri sementara itu menegaskan, masyarakat Johor seharusnya menolak anasir asing itu kerana mereka bakal menghancurkan hubungan berkenaan yang telah terbina sejak sekian lama.
"Jangan kita terima anasir asing yang cuba nak bawa perubahan.
"Orang Johor tidak akan terima. Di Johor, masyakat Melayu, Cina, dan India hidup sebagai abang dan adik," katanya dihadapan 500 penduduk ketika berucap dalam Majlis Himpunan Rakyat dan penawaran rumah mampu milik kepada bekas penduduk rumah rakyat Tampoi dan Senai Permai di sini.

Muhyiddin bagaimanapun tidak menamakan anasir asing yang dimaksudkannya itu.
Beliau juga menegaskan dengan kepesatan ekonomi Johor sebagai kesan daripada pembangunan ekonomi Wilayah Iskandar, pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR) tertarik untuk memasuki negeri kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN) itu.
"Johor pun dah maju di bawah pentadbiran Datuk Abdul Ghani Othman, dan kini menjadi paksi Selatan tanah air.
"Negeri ini menjadi pusat pertumbuhan utama negara, sebab itu ada pemimpin pembangkang cuba-cuba nak masuk," katanya yang juga calon BN bagi kerusi Parlimen Paloh.
Muhyiddin turut menegaskan hanya dengan pemerintahan BN sahaja rakyat Johor akan mempunyai keupayaan untuk memiliki rumah memandangkan pakatan kerajaan itu telah menjanjikan sejuta unit rumah mampu milik akan dibina jika diberi mandat selama lima tahun untuk mentadbir negara dalam Pilihan Raya Umum ke -13 (PRU 13) akan datang.
"Kalau nak rumah lebih lagi, sokong BN dalam pilihan raya umum akan datang ... di Johor tiada pilihan terbaik selain pilih BN, dan bagi Pusat tiada pilihan selain memilih Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.
"Boleh saudara?" soalnya dan dijawab dengan tepukan gemuruh dan sahutan "Boleh .." oleh penduduk yang hadir.
"Alhamdulillah, selesai tugas saya ..." kata Muhyiddin.
Johor menjadi negeri paling panas dalam PRU 13 pada 5 Mei depan apabila PR meletakkan Lim Kit Siang untuk mengetuai pembangkang menembusi tembok BN di Johor di kerusi Parlimen Gelang Patah.
Selain itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub juga diturunkan ke Johor apabila bertanding menentang Datuk Nur Jazlan Mohamed di Parlimen Pulai, dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya.



No comments:

Post a Comment