Selasa, 16 April 2013

Ziarah Syukur Ke Kedah bagi membantu BN berkempen #PRU13 #Vote4BN #BNBagus #GE13 #JanjiDitepati #BetterNation @rozaidijamil


Pelawak AR Badul berharap, tiada pihak mempertikaikan penglibatan 10 orang artis veteran yang akan berkempen bagi pihak Barisan Nasional (BN) di Kedah kerana usaha itu adalah tanggungjawab mereka yang ingin parti berkenaan kekal memerintah negara.
Badul berkata, artis-artis berkenaan tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada BN tetapi apa yang mereka lakukan adalah kerja sukarela yang lahir pada diri masing-masing.
“Kami bukannya mahu dibalas dengan tawaran kerja pada masa akan datang tetapi ia adalah satu usaha murni daripada hati kami sendiri. Kami harap kerjaya sukarela kami ini tidak akan dipertikaikan oleh mana-mana pihak,” katanya kepada mStar Online.
Kira-kira 10 orang artis veteran termasuklah Datuk Aziz Sattar, Datuk Mustafa Maarof, Norlia Ghani, Shira Iskandar, Aznah Hamid, Kismah Johar dan Hail Amir akan menyertai programZiarah Syukur Ke Kedah bagi membantu BN berkempen sempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Ia akan bermula dari tarikh 23 hingga 27 April ini membabitkan daerah Kuala Nerang, Kulim, Alor Merah dan Pendang.
Beberapa aktiviti bersama penduduk kampung akan diadakan termasuklah menjayakan sembahyang hajat, forum Bicara Seni dan menziarahi beberapa rumah kebajikan dalam acara itu.
Badul berkata, dia juga menganggap penglibatan artis-artis dalam aktiviti berkenaan seperti satu 'peperangan' minda kerana mereka mungkin akan berdepan dengan pelbagai risiko termasuklah kehadiran itu tidak disukai oleh pihak-pihak tertentu.
"Kami sudah bersedia dengan risiko yang bakal dilalui. Bagi kami, semua ini adalah demi negara kita sekarang.
"Insya-Allah, mudah-mudahan kehadiran kami akan diterima baik oleh penduduk kampung di sana," ujarnya.
mstar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah