Thursday 16 May 2013

Amaran !! @MukhrizMahathir tehadap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kedah. #HanyaDikedah #PRU13 #BetterNation #NajibMyPM


Ketokohan dan ketegasan bapanya turut diwarisi oleh YAB Dato' Padukan Haji Mukhriz Mahathir. Pekara pertama yang dilakukan oleh beliau selaku MB kedah, dengan kesemua Ahli Majlis yang dilantik menjalankan tanggungjawab yang di amanahkan supaya Kerajaan Negeri Kedah di bawah pentadbiran Barisan Nasional akan dapat melaksanakan kesemua program-program Kerajaan Negeri dengan cara yang pantas, penuh amanah dan profesional.

Mukhriz, 49, yang merupakan Menteri Besar Kedah ke-10 bagi negeri Kedah. Sejurus Perlantikan Majlis Angkat Sumpah dan menandatangani surat sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kedah yang berlangsung di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, Alor Setar.




Bernama juga melaporkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kedah bagi mendapatkan pandangan orang awam kini turut boleh digunakan oleh kakitangan PBT untuk memberi pendapat bagi menambah baik perkhidmatan setiap PBT di negeri ini.

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata penglibatan kakitangan PBT yang memberi cadangan membolehkan penyampaian maklumat secara langsung sekaligus dapat mempertingkatkan prestasi kualiti kerja.

"Mereka (kakitangan PBT) itu lebih dekat dengan rakyat dan mereka lebih tahu masalah yang dihadapi seperti memendekkan proses dokumen, menggunakan teknologi dan sebagainya.

"Saya tahu kotak cadangan dah diletakkan di semua pejabat PBT dan ia perlu lebih serius supaya satu sistem penambahbaikkan yang teratur. Kita kena ada 'sikap' di mana ada ruang untuk tambah baik kualiti kerja," katanya kepada pemberita selepas Program Pemantapan Urustadbir dan Sukan PBT Kedah 2013 di Wisma Darul Aman di sini Khamis.

Beliau berkata pihaknya turut mewujudkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang baru agar pihak PBT tidak berpuas hati dengan pencapaian sedia ada dan perlu melakukan yang terbaik dari semasa ke semasa untuk meningkatkan KPI.

Mukhriz berkata kerajaan negeri juga perlu meletakkan tanda aras yang tinggi bagi membolehkan sasaran untuk mencapai sesuatu hasil tercapai.

Beliau berkata tidak mustahil jika pihaknya meletakkan suatu matlamat yang tinggi untuk dicapai dan berusaha bersungguh-sungguh dengan keyakinan yang tinggi, ia akan memperoleh kejayaan.

Mukhriz berkata beliau mahu pihak PBT membantu kerajaan negeri menjayakan 138 Aku Janji Barisan Nasional (BN) Kedah dan akan mengutamakAn Aku Janji yang perlu disegerakan dalam tempoh satu atau dua tahun.

Beliau berkata sokongan padu dari kerajaan persekutuan juga dapat menyuntik semangat baru ahli PBT negeri ini untuk melaksanakan tugas dengan baik. 

No comments:

Post a Comment