Tuesday 28 May 2013

Amaran! ! PAS Kepada yang sangsi tehadap perjuangan dalam #PR @shamsuliskandar. #blackout505 #black505


Kalaulah benar dan betul sebagaimana yang diucapkan oleh Ketua Pemuda Pas ini. KK pun  tumpang berbanggalah....dengan sikap dan ketegasan kepimpinan PAS.Tapi beani ker...si GENERAL pemuda PAS yang dikatakan lantang itu nak 'bersabung' dengan anak emas si Abang Non a.k.a Anwar tu... Mengkut kenyataan yang dikeluarkan oleh sebuah portal kat bawah ni...

Kritik Hadi: PAS Tidak Akan Tutup Mulut

PETALING JAYA: PAS tidak akan 'menutup mulut' daripada menjawab kritikan walaupun daripada rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat hanya kerana mahu menjaga hubungan yang dibina atas dasar politik.
Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, PAS tidak akan membiarkan parti itu dianggap dungu dan naif apabila hanya berdiam diri walaupun dikecam tanpa asas.
Tegasnya walaupun PAS bersifat terbuka dalam menerima kritikan, tidak semestinya mereka hanya perlu berdiam diri tanpa diberi peluang untuk memberi penjelasan.
"Namun terbuka dan bersedia menerima kritikan bukan bermakna kami mesti diam membatu atau bungkam membisu dalam menerima kritikan tersebut.
"Ramai menyangka maksud menerima kritikan ialah "zip" mulut dan mendengar apa jua hamburan kata yang ditujukan kepadanya sehingga kadangkala kita boleh dianggap dungu dan naif," katanya di sini, Selasa.
Nasrudin berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin pada Kongres PKR ke-9, Jumaat lalu yang secara lantang mengkritik pimpinan Pas terutama Abdul Hadi atas tindakannya mengeluarkan watikah bertanding calon Pas hingga menyebabkan pertindihan calon.
Tegas Nasrudin, setiap pemimpin dan ahli PAS bertanggungjawab mempertahankan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dikritik berhubung isu pertindihan kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
Tambah beliau, memberi jawab balas, menangkis dan membuat pencerahan semula terhadap kritikan tersebut adalah sebahagian daripada kaedah mengurus serta menangani kritikan yang normal.
"Sebagaimana pihak pertama ada hak untuk mengkritik, kenapa pula kita mesti nafi dan hilangkan hak pihak kedua menjawab kritikan yang dilemparkan.
"Selayaknya pihak pengkritik, mesti bersedia menghadapi kritikan balas bagi menilai potensi kritikannya. Adakah ia berasas atau tidak. Adakah kritikan tersebut berpaksikan hujah atau fitnah. Adakah kritikan itu dengan tujuan membina atau meruntuhkan," katanya.
Bagaimanapun, katanya sekiranya kritikan itu berbentuk fitnah yang dirancang untuk menjatuhkan maruah, maka ia memerlukan penjelasan.
"Jika sesuatu kritikan itu dibuat secara terbuka, ia boleh mencipta prasangka buruk kepada masyarakat. Justeru mahu atau tidak, jawab balas mesti dikemukakan terhadap kritikan itu bagi memperbetulkan semula persepsi.
"Jika kritikan tersebut ada hujah yang jelas, kita akur dan bersyukur lantaran kritikan itu membuka jalan bagi berubah ke arah yang lebih baik," katanya. Sumber Mstar.
kk : Biar betul.... Selama ini pun bukankah PAS dan menjadi 'leaders' dalam pakatan haram ke...(bersangka baik). Apa

No comments:

Post a Comment