Thursday 2 May 2013

@anwaribrahim cetuskan kemarahan jemaah ketika beri tazkirah agama ? #TolakPR #lainkalilah #PRU13


Faktor sebenar ahli kariah ahli kariah Masjid Jamek Teluk Bahang, Balik Pulau, Pulau Pinang angkat kaki meninggalkan majlis tazkirah yang disampaikan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah berpunca latar belakang Ketua Umum PKR itu sebagai tokoh politik.
Pengerusi Kariah masjid berkenaan, Hassan Ismail dilaporkan Utusan Malaysia berkata kesucian masjid sebagai tempat ibadah dan penyatuan ummah tidak patut dicemari dengan tazkirah daripada tokoh politik.
Menurutnya, beliau tidak mahu kehadiran Anwar akan memecah belahkan kira-kira 8,000 umat Islam di kawasan berkenaan akibat perbezaan ideologi.
[ video ] klik disini untuk tengok video panas !!

“Saya sudah nasihatkan beliau (Anwar) supaya tidak meneruskan tazkirah kerana tidak mahu berlaku perkara tidak diingini memandangkan Anwar ialah ahli politik.

“Pihak masjid tidak berniat untuk menghalang tazkirah beliau tetapi kami tidak mahu persepsi masyarakat berubah sekiranya ahli politik dibenarkan memberi tazkirah dalam masjid ini,” katanya.
Pada Isnin lalu berlaku sedikit kekecohan di masjid berkenaan apabila Anwar diminta meninggalkan premis tersebut dan berhenti daripada meneruskan tazkirah.
Perbalahan turut berlaku antara pengawal peribadi Anwar dan penduduk yang berang dengan tindakannya memasuki masjid tanpa membuka kasut.
Tambah Hassan, pengurusan masjid sememangnya tidak membenarkan mana-mana ahli politik untuk menyampaikan tazkirah atau ceramah di dalam masjid berkenaan.
“Jika ia melibatkan penceramah dari Barisan Nasional (BN) sekalipun, kita tidak akan benarkan,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment