Rabu, 15 Mei 2013

Datuk Seri @NajibRazak Menghadap Agong Dapatkan Perkenan Kabinet Baru. #PRU13 #BetterNation #NajibMyPM

Najib dijadual mengumumkan barisan kabinet itu pada pukul 5 petang ini di Putrajaya.

Datuk Seri Najib Tun Razak menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara di sini tengah hari Rabu untuk mendapatkan perkenan Seri Paduka bagi barisan kabinet baharunya.

Perdana menteri tiba pada pukul 11.55 pagi menaiki kereta Proton Perdana berwarna hitam dan terus menghadap Seri Paduka bagi mempersembahkan senarai itu.

Kira-kira 30 minit kemudian kereta yang membawa Najib dilihat keluar dari perkarangan Istana. Seramai 20 orang wakil media sedia menunggu di luar pintu pagar Istana.

Najib dijadual mengumumkan barisan kabinet itu pada pukul 5 petang ini di Putrajaya.

Majlis angkat sumpah memegang jawatan dan menyimpan rahsia oleh menteri dan timbalan menteri akan diadakan pada 9.30 pagi esok di Istana Negara.

Pembentukan barisan kabinet baharu itu ialah lanjutan daripada pelantikan Najib sebagai perdana menteri pada 6 Mei lepas.

Sebelum Dewan Rakyat dibubarkan pada 3 April lepas, Kabinet merangkumi 25 kementerian dan diterajui 28 menteri.-BERNAMA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah