Rabu, 29 Mei 2013

#fam : Pahang temu JDT, Sabtu ini di Stadium Bukit Jalil. @ASTROARENA #JohorDT #kelantan #PialaFA2013


PERLAWANAN separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (JDT) yang ditunda semalam akan diadakan Sabtu ini di Stadium Bukit Jalil pada jam 4.15 petang.

Keputusan ini diputuskan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin di Wisma FAM, hari ini.

Menurut Hamidin, selepas hampir empat jam bersidang, pihak jawatankuasa berpuas hati dengan keterangan yang diberi dan akhirnya mengambil keputusan untuk mengadakan semula perlawanan tersebut.

"Dalam mesyuarat yang diadakan tadi, semua yang terlibat dalam perlawanan semalam di panggil untuk diberi keterangan termasuk kesemua pengadil perlawanan.

"Kami juga ada memanggil kedua-dua setiausaha Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) dan Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) untuk memberi keterangan.

"Dan selepas meneliti semua laporan yang dikemukakan, kami berpuas hati dan membuat keputusan perlawanan akan diadakan di Stadium Bukit Jalil, Sabtu ini pada jam 4.15 petang.

"Pemilihan Stadium Bukit Jalil dan beraksi waktu petang memandangkan pada waktu malam akan diadakan aktiviti lain manakala Stadium Shah Alam pula digunakan untuk sebuah acara konsert," kata Hamidin kepada pemberita pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini.

Semalam, perlawanan Pahang dengan JDT terpaksa dibatalkan gara-gara limpahan penonton yang akhirnya mengheret kepada senario kekecohan.

Perlawanan yang sepatutnya bermula pada pukul 8.45 malam itu terpaksa ditangguhkan selama lebih sejam kerana berlaku limpahan penonton memasuki stadium kira-kira 40,000 orang.

Mengulas lanjut, Hamidin yang juga Naib Presiden FAM juga berkata, berdasarkan hasil tinjauan yang dilakukan oleh pegawai Stadium Darul Makmur mendapati empat pintu telah dipecah masuk.

"Justeru itu, kita akan meminta Persatuan Bola Sepak Pahang(PBNP) untuk meneliti semula keadaan stadium bagi memastikan kejadiaan yang sama tidak akan berulang kembali.

"Kita juga akan menghantar surat peringatan kepada kesemua persatuan bola sepak negeri untuk memantau keadaan venue masing-masing," jelas beliau.

Hamidin turut memberitahu  semua kos perjalanan dan penginapan JDT ketika perlawanan kedua separuh akhir Piala FA Sabtu ini akan ditanggung oleh Pahang.

"Ini termasuk penginapan dua malam di hotel dan makanan sepanjang pemain JDT berada di sini," jelas beliau yang memberitahu tiket perlawanan akan mula dijual pada Jumaat ini.

"Bagi peminat yang datang ke Stadium Darul Makmur semalam, tiket boleh ditebus semula namun tiket baru akan dikeluarkan sendiri oleh FAM.

"Ini bagi memastikan kejadian sama tidak akan berulang dan saya akan memastikan keselamatan dalam perlawanan itu akan terjamin," ujarnya.

Sinar.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.














Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah