Rabu, 8 Mei 2013

Ferguson umum pesaraan sebagai pengurus MU. @ASTROARENA

BRITAIN: Sir Alex Ferguson yang kini menggalas tugas sebagai pengarah di kelab Inggeris, Manchester United mengumumkan persaraannya sebagai pengurus kelab berkenaan berkuatkuasa musim depan.

Ferguson merupakan pengurus paling berjaya dalam sejarah bola sepak di Britain rentetan kejayaannya merangkul 13 kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan yang terbaru diraih pada musim ini.

Pengurus berusia 71 tahun itu dikatakan telah memikirkan tentang persaraan  sejak sekian lama malah sebelum khabar angin mula tersebar.

"Ianya bukan sesuatu keputusan yang mudah bagi saya untuk bersara dari pasukan yang telah dibentuk saya untuk sejak sekian lama, akhirnya sudah sampai waktu yang sesuai untuk saya undurkan diri," katanya.

Sehingga kini masih menjadi tanda tanya mengenai siapa yang bakal menggantikan Ferguson sebagai pengurus.

Dalam pada itu, pengurus Everton, David Moyes adalah nama yang paling disebut-sebut sebagai calon paling sesuai bagi memikul tugas berkenaan oleh media Britain.

Kontrak Moyes bersama kelab Merseyside itu akan tamat pada penghujung musim ini.

Sumber : Astro Awani

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah