Thursday 30 May 2013

Gempar !! Kompleks Pekan Rabu akan 'diroboh' @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah


Tudia apa yang Kerajaan Kedah dah lakukan ni... Katanya nak menjaga kebajikan rakyat ???? Mana janji kerajaan Barisan Nasional Kedah di bawah Menteri Besar Dato' Mukhriz Mahathir. 

Pekan Rabu merupakan satu mercu tanda perniagaan orang-orang Melayu dalam bandar Alor Setar ini.

Pekan Rabu bakal jadi kompleks perniagaan moden.

Berkunjung ke bandaraya ini tidak lengkap sekiranya tidak singgah di Pekan Rabu.
Pekan Rabu Alor Setar, yang menjadi tumpuan masyarakat peniaga dan pembeli sejak 1900, kini menjadi antara lokasi ikonik bagi Kedah.

Antara yang menjadi tarikan pengunjung ke Pekan Rabu adalah makanan dan kuih tradisional, pakaian tradisional, perkhidmatan tukang jahit, songkok, kraftangan masyarakat setempat, buku, kitab, majalah dan produk industri kecil dan sederhana (IKS).

Menyedari akan betapa penting Pekan Rabu kepada Alor Setar, negeri ini dan pelancong, Kerajaan Persekutuan akan membangunkan semula Pekan Rabu dengan pembinaan bangunan baru iaitu sebuah kompleks perniagaan yang moden seiring dengan pembangunan yang dikecapi negara hari ini.

Pekan Rabu, yang menjadi lambang model perniagaan Melayu, akan diberi nafas baru melalui pembinaan semula yang mampu menambahkan lagi peluang perniagaan kepada peniaga seterusnya menjadi tumpuan para pengunjung.

Sejarah Pekan Rabu

Pekan Rabu diasaskan oleh Almarhum Tunku Yaacob Almarhum Sultan Abdul Hamid pada 1920 di tepi Sungai Kedah berdekatan dengan Tanjong Chali yang pada asalnya beroperasi pada Hari Rabu sahaja.

Bagaimanapun, pada 1932, Pekan Rabu dipindahkan ke tapak sekarang dan menjalankan operasi setiap hari selepas Perang Dunia Kedua.

Bangunan sedia ada dibina pada 1975 dengan kos RM3.2 juta dan telah melalui proses ubah suai pertamanya pada 1995 dengan kos RM6.5 juta apabila dinaiktaraf menjadi kompleks pasar moden.

Antara individu yang pernah berniaga di Pekan Rabu ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mentadbir negara ini selama 22 tahun.

Beliau berniaga pisang goreng di Pekan Rabu pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Pada 28 Mac lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan ketika itu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan pusat akan membangunkan semula Pekan Rabu dengan peruntukan RM55.58 juta, yang melibatkan kerja meroboh bangunan lama dan diganti dengan bangunan baharu.

Kompleks Perniagaan Moden

Setiausaha Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad, Mohamad Anuar A. Rahim berkata kompleks perniagaan baharu yang akan dibina itu mampu memuatkan 360 premis perniagaan berbanding 347 premis yang sedia ada sekarang.

"Pembinaan ini akan mewujudkan ruang yang lebih banyak kepada peniaga sedia ada dan terbuka kepada peniaga lain dengan syarat Melayu dan adalah anggota koperasi.

"Itu tujuan dan matlamat utama kita bagi meningkatkan taraf ekonomi peniaga selain memastikan peniaga dapat merasai suasana kompleks yang lebih baharu, pencahayaan yang lebih baik malah selesa tanpa masalah kekerapan paip bocor dan sebagainya," katanya kepada Bernama.

Pembinaan semula kompleks itu juga bagi menyelesaikan masalah utama iaitu tempat parkir kereta atau bas agak terhad, yang menyukarkan orang ramai mengunjunginya.
"Kompleks itu akan mempunyai susun atur serta reka bentuk yang memerlukan transformasi agar nampak lebih segar dan moden malah aktiviti perniagaan juga akan diaktifkan seiring dengan 'traffic flow' pengunjung," katanya.

Apabila siap kelak bangunan baharu Pekan Rabu, yang akan mengekalkan keunikkan namanya, akan mempunyai tiga tingkat premis perniagaan manakala tiga tingkat di atas untuk parkir.

Dalam tempoh pembinaan bangunan baru itu, persatuan akan memastikan peniaga-peniaga ditempatkan di lokasi sementara di Tanah Wakaf Majlis Agama Islam Kedah di Jalan Limbong Kapal, dekat sini bagi meneruskan perniagaan mereka tanpa sebarang masalah.

Mohamad berkata pembinaan kompleks perniagaan itu akan mula dijalankan selewat-lewatnya akhir tahun ini atau awal 2014.

Harapan Harapan Peniaga

Sementara itu, rata-rata peniaga ketika ditemui Bernama merasakan sudah tiba masanya kompleks perniagaan itu menerima satu perubahan yang mampu membawa pulangan modal yang baik kepada mereka.

Bagi Fazli Serat, 50, pemilik kedai Baju Melayu berkata perniagaannya di kompleks perniagaan itu merupakan tradisi keluarganya sejak 1970-an dan menjadi harapan tradisi itu dapat diteruskan selepas ini.

"Saya cuma harapkan yang terbaik sahaja, mungkin ada sedikit masalah apabila melibatkan pemindahan sementara nanti namun siapa tak nak lihat bangunan yang baru, cantik dan tambah selesa pula, tak sabar rasanya," katanya yang memiliki tiga premis perniagaan bersambung di sini.

Hashimah Nyak Bakar, 52, berkata apabila kompleks itu siap untuk beroperasi nanti, beliau mengharapkan perniagaan kosmetik yang dijalankan sejak 10 tahun akan bertambah maju.

"Ada rasa takut juga tapi saya terima saja sebab akan dapat bangunan baru, mungkin lebih ramai pengunjung akan datang sini.

"Saya juga yakin dengan pembinaan semula Pekan Rabu ini, sebab setiap tiga kali sebulan, pihak koperasi akan datang menjelaskan perkembangannya," katanya.

Jika sebelum ini, kebimbangan ramai terhadap usaha pembangunan semula Pekan Rabu adalah berkenaan penyelesaian sesuatu perkara antara agensi kerajaan Persekutuan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang bertindak sebagai agensi pelaksana dengan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan kerajaan negeri Kedah, yang ketika itu dipegang oleh pakatan pembangkang.

Dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menyaksikan Barisan Nasional (BN) kekal membentuk kerajaan Persekutuan dan Negeri Kedah kembali kepada BN, isu pentadbiran untuk kerja-kerja menaiktaraf itu sepatutnya tidak menjadi halangan untuk warga bandaraya ini melihat sebuah kompleks perniagaan orang Melayu yang moden. 

Sumber Bernama.


KK.. Inilah Kerajaan yang mendahulukan rakyat.. 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.






























No comments:

Post a Comment