Tuesday 21 May 2013

Gempar !! Maklumat terkini Himpunan di Putrajaya.ADA PERMIT TAK !!! #FBP13 @khairykj @festivalbelia13



Tudia.... Apa betul ker maklumat yang KK dapat ni, Apakah benar Himpunan besar-besaran akan berada di Putrajaya. "Ayuh anak muda kita serbu Putrajaya. 

fotoBERNAMA
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin ketika melakukan tinjauan persiapan Festival Belia Putrajaya 2013 yang akan bermula pada 23 hingga 26 Mei ini ke seluruh tapak lokasi sambutan itu di Putrajaya pada Isnin. 

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Mohid Mohamed (depan, kiri) dan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Mohamed Maliki Mohamed Rapiee (kanan). KBS menyediakan lebih 500 acara dan 30 segmen yang memberi fokus kepada aktiviti pendidikan, kerohanian, kemahiran, kesenian, bakat, interaksi dan sukarelawan yang akan diadakan sepanjang program itu. 



Festival yang menjadi kemuncak sambutan Hari Belia Negara 2013 itu berkonsepkan pembangunan potensi diri, melestari kreativiti dan inovatif, memartabat perpaduan serta jati diri.

Himpunan di Putrajaya anjuran Kementerian Belia dan Sukan itu telah bermula sejak 2010 dengan mencatat kehadiran lebih 200,000 pengunjung sebelum berjaya menarik kehadiran lebih sejuta belia pada tahun lepas.

pelancaran festival oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 25 Mei pada pukul 5 petang, Perarakan Mega Belia, acara-acara antarabangsa (melibatkan ASEAN+3), dan Feista Muzik Dunia
penganjuran pada tahun ini telah memecahkan rekod terdahulu apabila seramai 2.4 juta belia menghadiri karnival selama lima hari itu.

No comments:

Post a Comment