Wednesday 22 May 2013

Hebahan : Orang ramai diminta jauhi tempat pernah berlaku kes jangkitan virus (kencing tikus). @bernamadotcom

Pusat Peranginan Lata Bayu, Asam Jawa, di Baling, Kedah, ditutup sementara kerana disyaki tercemar virus kencing tikus yang menyebabkan kematian seorang lelaki selepas berkelah di kawasan berkenaan, awal bulan ini.


Orang Ramai Dinasihatkan Tidak Berkunjung Tempat Berlaku Leptosirosis

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengunjungi kawasan yang pernah dikesan berlaku kes leptosirosis, demam akibat terkena kencing tikus, buat sementara waktu bagi mengelak terkena jangkitan virus berkenaan.

Menasihatkan demikian, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata virus kencing tikus sangat berbahaya dan boleh membawa maut.

"Kawasan yang disahkan punca kepada penyebaran virus kencing tikus perlu ditutup sekurang-kurangnya enam bulan hingga ke setahun bagi memastikan tempat berkenaan benar-benar bebas daripada virus berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Pulau Pinang, di sini Rabu.

Akhbar pada Selasa melaporkan, Pusat Peranginan Lata Bayu, Asam Jawa, di Baling, Kedah, ditutup sementara kerana disyaki tercemar virus kencing tikus yang menyebabkan kematian seorang lelaki selepas berkelah di kawasan berkenaan, awal bulan ini.

Abu Hanifah Redzuan, 23, anggota kru produksi filem disahkan meninggal dunia Sabtu lepas di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, selepas dikatakan mengalami demam panas lebih seminggu lalu.

Selain Abu Hanifah, enam ahli keluarga mangsa yang turut mandi di air terjun itu, pada hari sama dilapor dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan pemantauan doktor. -

BERNAMA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment