Friday 31 May 2013

Keputusan Mahkamah Kekal terhadap Khir Toyo Bukti Ketelusan Perundangan Malaysia. #BetterNation #Transformasi


Pembangkang yang sering mendakwa Mahkamah di Malaysia sebagai tidak adil dan menerima campur tangan kerajaan kini wajar 'menjilat' kembali prangsaka buruk itu.

Langkah Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan bersalah terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bagi tuduhan rasuah yang berkaitan dengan pembelian dua lot tanah dan sebuah rumah di Shah Alam, semasa menjadi penjawat awam mendapat pelbagai reaksi dari banyak pihak.
 
Keputusan oleh Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Abu Samah Nordin itu dibuat sebulat suara. Panel hakim lain ialah Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Aziah Ali.
 
Hakim Azahar, ketika membaca penghakiman itu, berkata mereka mendapati tidak ada keperluan untuk mengganggu keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohtaruddin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) apabila beliau menolak semua alasan rayuan yang dikemukakan oleh peguam Khir.
 
Langkah yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan tersebut jelas membuktikan bahawa sistem perundangan negara bebas dari sebarang pengaruh politik.
 
Ia jelas amat berbeza daripada sangkaan buruk pakatan pembangkang yang sentiasa mendakwa bahawa sebarang keputusan mahkamah akan dipengaruhi oleh kuasa politik dari kerajaan BN.
 
Namun Hakim Abu Samah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman bagi Dr Mohd Khir Toyo dan ia masih mempunyai peluang lagi untuk membuat rayuan lagi.
 
Proses ini dijangka di manipulasi oleh pihak pembangkang untuk menjejaskan kredibiliti kerajaan dan sistem perundangan negara.
 
Apa yang jelas kepada kita semua bahawa Malaysia mempunyai sistem undang-undang yang bebas dan berkecuali dan tidak memilih kepada sesetengah pihak sahaja untuk diambil tindakan. Yang salah berhak mendapat perbicaraan sewajarnya dan keputusan yang diambil berdasarkan bukti dan hujah yang kukuh. Sumber Malaysia aktif.

KK : bukti mahkamah malaysia telus dan adil...Pembakang jangan pula 'gila' nak berdemo plak...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment