Saturday 18 May 2013

Ketegasan @Zahid_Hamidi patut dihargai demi kesejahteraan kaum. #NajibMyPM #TolakPR #black505

Zahid Hamidi yang telah telah mengisi tempat di Kementerian Dalam Negeri (KDN) umpama 'sireh pulang keganggang'. kehadiran zahid yang umum ketahui bersikap tegas tanpa kompromi kepada mana-mana pihak yang cuba menggangu gugat keselamatan dan kemakmuran negara.

Kenyataan Saya Dalam Utusan Bukan Rasis Tapi Praktikal.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan kenyataannya yang meminta kumpulan yang tidak dapat menerima sistem politik negara ini untuk berhijrah ke negara yang mempunyai sistem yang sesuai dengan mereka.

Naib Presiden Umno itu telah dikritik ekoran isu berkenaan, beliau menjelaskan bahawa kenyataannya itu telah diambil keluar daripada konteks sebenar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Sebenarnya saya kata mereka yang tidak yakin dengan sistem politik kita untuk berhijrah ke negara yang mempunyai sistem yang sesuai dengan mereka.

"Saya tidak rasis...saya hanya berfikiran praktikal dengan apa yang saya katakan kepada kumpulan berkenaan supaya mereka boleh menterjemahkan pegangan politik mereka kepada realiti," katanya.

Dr Ahmad Zahid berkata masyarakat tidak seharusnya membaca kenyataan beliau di luar daripada konteks, justeru beliau menggesa pembaca membaca artikel penuh beliau dalam Utusan Malaysia.

Beliau menjelaskan bahawa Malaysia mengamalkan sistem Komanwel dan mereka yang fikir bahawa sistem di Amerika Syarikat atau negara lain lebih sesuai mereka boleh berhijrah ke sana.

Dr Ahmad Zahid turut mengecam pembangkang yang mempertikaikan keputusan pilihan raya, namun mengakui keputusan di negeri yang mereka menang seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

"Mereka mempertikaikan keputusan pilihan raya secara selektif," katanya.

Mstar.

Keamanan dan kesejahteraan rakyat harus dijaga. Keyakinan dan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap KDN serta kerajaan harus ditingkatkan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment