Ahad, 12 Mei 2013

Lelaki Berusia 56 Tahun Ditahan Berhubung Kes Bunuh Timbalan KP Kastam



Polis menahan seorang lelaki pada Sabtu bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim di Putrajaya pada 26 April lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata suspek berusia 56 tahun itu ditahan di Petaling Jaya, Selangor kira-kira 8.30 pagi.
"Suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan Ahad.
Shaharuddin mati ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, ketika kereta yang dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan, kira-kira 8.15 pagi.
Dalam perkembangan lain, dua lelaki berusia lingkungan 35 dan 40 tahun ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kes tembak mati seorang lelaki di hadapan lampu isyarat di bulatan Taman Billion, Cheras, 26 April lepas.
"Suspek direman sehingga Rabu ini," katanya.
Mangsa R. Karikaalan, 29, mati ditembak setelah terkena dua dari 10 das tembakan yang dilepaskan dua lelaki menaiki sebuah motosikal di hadapan lampu isyarat di bulatan Taman Billion, Cheras.
Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, ibunya yang berusia 60 tahun turut cedera di lengan kanan. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah