Khamis, 23 Mei 2013

@n_izzah " tolong ajarkan aku camno nak pajakan "bendera" #bebaskanAdam


Siapa yang tidak mahu didampingi oleh Anak Papa jahat ini. Hebat dan berkebolehan segala hal. Emosi dan aksi yang di"lunaskanya" memang terlampau mampu membuatkan kita menagis dan kepuasan.

Nurul Izzah (sebelah itu mungkin adiknya) menanam bendera sebagai tanda peringatan, doa dan pengharapan. Perbuatan ini adalah syirik.
Siapakah yang benar-benar sesat ? Allah sentiasa memberi petunjuk kepada kebenaran !




Pada tarikh 20 Mei 2013, sekitar jam 8 malam , upacara Candlelight Vigil untuk Adam Adli telah diadakan di beberapa tempat melibatkan anak-anak muda dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi. Saya gunakan istilah pelajar IPT kerana secara peribadi SJ berpandangan bahawa mereka tidak layak digelar siswa/ siswi apatah lg mahasiswa.

Beberapa orang individu telah hadir ke majlis ritual tersebut antaranya ialah Ambiga, Nurul Izzah Anwar, bapa Adam Adli dan pemuda Syiah – Khalid Ismath.

Seperti yang saya nukilkan dalam artikel sebelum ini bertajukCandlelight Vigil untuk Adam Adli – Perbuatan Syirik Kepada ALLAH, penglibatan umat Islam dalam upacara ini merosakkan iman dan membawa kepada terkeluar dari syahadah. Mungkin juga secara tidak sedar boleh berlaku terkeluarnya diri dari Islam. Ini kerana perbuatan tersebut membawa kepada kekufuran. Ia menjatuhkan pegangan/ iktiqad keimanan kepada munafik, fasiq malah boleh menggugurkan syahadah.

Tidaklah menghairankan apabila masyarakat Cina (Buddha) dan India (Hindu) turut terbabit dalam Candlelight Vigil, ini kerana upacara nyalaan lilin tersebut sememangnya ada dalam tradisi agama mereka.

Tidaklah juga menghairankan apabila penganut Syiah seperti Khalid Ismath melakukannya kerana ajaran Syiah itu sendiri dipengaruhi oleh ajaran Majusi (Zoroastrianism) yang menyembah api dan percaya pada semangat api.
 Anak-anak muda (bertudung labuh, mungkin pelajar IPT) mensyirikkan ALLAH dalam candlelight vigil. Usah pakaian dan rupa zahir sahaja yang Islamik, tapi imannya lebur.ht vigil.

Anak-anak muda (bertudung labuh, mungkin pelajar IPT) terlibat dalam candlelight vigil. Usah pakaian dan rupa zahir sahaja yang Islamik, tapi imannya lebur.

Namun pengaruh yang dibawa oleh golongan ini termasuklah Nurul Izzah Anwar akhirnya telah menjerat dan merosakkan akidah anak-anak muda Islam yang lain atas nama Solidariti Mahasiswa, kebebasan bersuara, kebebasan berkumpul dan kebebasan berekspresi.

Lantas kerana tidak setuju dengan sesuatu perkara, soal akidah menjadi sampingan atau hanya kulit belaka. Saya tegaskan di sini, tidak kiralah sama ada anda berpakaian menutup aurat dengan sempurna, memakai serban, kopiah, songkok, tudung labuh atau purdah sekalipun, seandainya akidah anda rosak dan melakukan perbuatan syirik yakni menyekutukan ALLAH s.w.t, maka segalanya adalah sia-sia. Dosa syirik adalah dosa yang tidak diampunkan oleh ALLAH s.w.t.

Sesungguhnya perbuatan Nurul Izzah dan semua yang menghadiri Candlelight Vigil itu adalah perbuatan syirik, atau setidaknya telah mendukung/ menggalak dan menyokong perlakuan syirik. Bermaksud mereka secara langsung atau tidak langsung telah mendukung penyekutuan ALLAH Azza Wa Jalla.

Candlelight Vigil berasas unsur kepercayaan semangat api itu sahaja sudah pasti syirik yang boleh membatalkan syahadah.

Perbuatan tersebut adalah suatu bentuk kekufuranyang sangat jelas. Selain ianya juga merupakan sebahagian dari fahaman pluralisme agama.

Berikut saya kongsikan kepada anda beberapa gambar Candlelight Vigil malam tadi yang saya dapati dari web/ blog/ Facebook/ Tweeter mereka yang hadir di sana. Juga saya kongsikan gambar ritual keagamaan Zoroastrian (Majusi – Penyembah Api) di Iran untuk difahami. 

Sumber : disini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah