Monday 13 May 2013

Panas !! Rundingan sulit untuk 'jumpa' MB Kedah @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah


Hangat meskipun selepas seminggu Barisan Nasional mengambil alih pentadbiran di negeri kedah. Antara cabaran utama bagi Menteri Besar ke 10 Negeri Kedah adalah mengembalikan dan memperkasakan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) sebagai pusat pengajian agama yang terulung di Malaysia.

Setelah hampir 5 tahun, KUIN dilanda badai, pelbagai penganiayaan serta kezaliman yang berlaku, kini seluruh rakyat kedah serta warga KUIN mengharapkan Menteri Besar yang baru, Datuk Mukhriz Mahathir dapat mengatasi masaalah yang sedang belaku di KUIN.

Menurut blog http://beritakuin.blogspot.com Pihak BERSIH KUIN telah selamat mengadakan perbincangan tertutup bagi membincangkan proposal dan cadangan untuk dikemukakan kepada pihak Kerajaan Negeri  untuk melakukan pemBERSIHan KUIN agar dapat diselesaikan masalah-masalh yang berbangkit di dalam KUIN terutama berkaitandengan soal kebajikan kakitangan KUIN.

Antara kandungan yang dipersetujui untuk dikemukakan di dalam proposal tersebut adalah seperti Kerelevanan kewujudan Jamil sebagi Rektor KUIN, penubuhan jawatankuasa siasatan penyelewengan Jamil dalam KUIN, penstukturan semula dalaman KUIN, kedudukan anak syarikat KUIN, menarik balik kuliah pengajian yang dahulunya berada di bawah Insaniah Holdings ke dalam KUIN, menurunkan yuran pelajar, pemerkasaan kuliah pengajian Islam, ganti Jamil sebagai Rektor nanti mestilah dari yang berlatarbelakangkan pengajian Islam, menerima pakai Pekeliling kenaikan gaji 13 % , elaun sara hidup dan semua pekeliling Kerajaan, Menamakan Mufti Kedah dan Ketua Hakim Syarie sebagai ahli lembaga pengarah KUIN, mengkaji semula kampus KUIN di Kuala Ketil dan lain-lain lagi yang akan dimaklumkan.

Sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk MB Mukhriz, agar dapat membentuk pasukan yang terbaik bagi mengembalikan kegemilangan KUIN. Jangan disimpan 'anai-anai' sifatnya merosakkan. Mereka mampu merosakkan sebatang kayu yang diluar kayu tersebut nampak cantik namun di dalamnya hancur reput akibat anai-anai ini.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment