Jumaat, 10 Mei 2013

#pascaPRU13 : @AzminAli sudah mula mengakui krisis kepimpinan ? #TolakPR #PRU13 #GE13

MB Selangor Baru Tidak Perlu Jadi 'Pak Turut' -


PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor yang baru tidak perlu 'pak turut' yang menyebabkan dirinya dipimpin oleh orang lain, kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali.

Gelaran 'pak turut' itu nampaknya dikaitkan secara tidak langsung dengan Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah diberi sokongan oleh DAP dan PAS untuk mengekalkan jawatan Menteri Besar.

Sebelum ini, Azmin dilaporkan kecewa selepas dipinggirkan daripada jawatan Menteri Besar.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat PKR selepas mesyuarat bersama pimpinan PKR Selangor Azmin berkata Selangor perlu diketuai oleh seorang yang berfikiran tegas dan mempunyai visi yang jelas.

Beliau berkata cirri tersebut perlu ada selepas Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum dengan majority yang lebih besar daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri berbanding Barisan Nasional yang mendapat 12 kerusi sahaja.

Azmin, yang dipilih semula sebagai Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa dalam pengundian yang diadakan pada Ahad, berkata beliau akan mendedahkan mengenai isu dalaman parti itu dalam sidang media yang akan diadakan pada Jumaat.

Beliau akan menerangkan isu nepotisme dalam PKR dan apa yang berlaku pada pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 2008.

Mstar.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah