Sabtu, 11 Mei 2013

#pascaPRU13: DAP, PAS Jangan Campur Tangan Isu Pelantikan MB Selangor - Zuraida #AzminReveals #TolakPR #SayangiSelangor


Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin memberitahu DAP dan PAS untuk tidak campur tangan dalam isu pelantikan Menteri Besar Selangor.

"Saya membaca akhbar bahawa PAS dan DAP mahu Menteri Besar supaya dikekalkan. Kemudian Rani (Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Othman) berkata beliau bersedia untuk menjadi MB.

"Saya tertanya-tanya apa yang tidak kena dengan mereka ini?" katanya, sambil menambah bahawa beliau tertanya-tanya sama ada mereka itu adalah gila kuasa.

Dalam temu bual dengan Antarapos, Zuraida mempersoalkan kesungguhan kedua-dua pihak Pakatan Rakyat untuk campur tangan dalam pelantikan Menteri Besar itu.

"Keputusan belum dibuat. Ini adalah kerusi Keadilan itu. Mengapa mereka begitu bersemangat untuk menamakan diri mereka atau seseorang untuk jawatan itu?" soal beliau.

Beliau berkata, jawatan berkenaan adalah untuk PKR dan parti itu perlu diberi ruang dalam menentukan individu yang terbaik untuk berkhidmat tanpa gangguan daripada pihak ketiga.

PKR memenangi 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor pada pilihan raya umum yang baru berakhir. PAS dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi.

Selangor mempunyai 56 kerusi DUN.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dipetik sebagai berkata bahawa DAP Selangor menyokong penuh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali juga telah membuat kenyataan yang sama.

Sementara itu, sumber-sumber PKR berkata bahawa PKR, PAS dan DAP telah mengesahkan pelantikan Khalid dan bahawa majlis angkat sumpah itu dijangka diadakan pada awal minggu depan.

Mstar

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah